Agihan keperluan sekolah kepada murid yang layak.
Agihan keperluan sekolah kepada murid yang layak.

UCMI agih sumbangan 'Back To School'

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Mar 2024 01:04pm
A
A
A

Akhir-akhir ini, ramai pihak menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan sekolah kepada golongan memerlukan bertujuan meringankan beban mereka.

Terbaharu, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bersama Autohaus KL telah mengagihkan sumbangan ‘Back to School’ kepada 50 murid menerusi program Varsiti Peduli Komuniti, di Padang Bola Sepak, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Selain agihan barangan sekolah, program anjuran UCMI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Ahli Parlimen Batu, Kuala Lumpur itu juga turut menyampaikan 100 sumbangan bakul Rahmah Madani dan 1,000 kit kesihatan kepada golongan tidak berkemampuan.

No Image Caption

Juga diadakan aktiviti senamrobik, sukaneka, pameran reruai dari agensi kerajaan dan anak-anak syarikat MAIWP, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan.

Naib Canselor UCMI, Profesor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor UCMI merakam penghargaan kepada MAIWP yang aktif dengan peranan dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat.

Wan Mohd Azizi
Wan Mohd Azizi

“Tanggungjawab yang diberikan kepada UCMI digalas dengan sebaiknya bagi memastikan tiada golongan tercicir.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap, sumbangan diberikan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan serba mencabar ini,” ujarnya.

Varsiti Peduli Komuniti dirasmikan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, Mejar (B) Johari Baba mewakili Prabakaran Parameswaran.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok