Beberapa wakil PERMANIS Kebangsaan mengagihkan limau kepada komuniti di Kampung Pak Kah Choon, baru-baru ini.
Beberapa wakil PERMANIS Kebangsaan mengagihkan limau kepada komuniti di Kampung Pak Kah Choon, baru-baru ini.

PERMANIS Kebangsaan agih limau

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Feb 2024 02:01pm
A
A
A

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, sekumpulan penuntut dari Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Kebangsaan (PERMANIS Kebangsaan) melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Agihan Limau di Kampung Pak Kah Choon, Bahau, Negeri Sembilan.

PERMANIS Kebangsaan diwakili penuntut ijazah sarjana muda dari empat universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Presidennya, Muhammad Izzulislam Rosman berkata, program bertujuan mengeratkan hubungan antara mahasiswa pelbagai kaum, mengenali budaya kaum dan tradisi dalam konsep Malaysia Madani.

“Ini merupakan kali pertama kami ke Kampung Pak Kah Choon melaksanakan program khidmat masyarakat.

“Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Pak Kah Choon, Yap Yuen Fah atas kepercayaan yang diberi kepada kami untuk menjayakan program ini,” katanya.

No Image Caption

Menurut Muhammad Izzulislam, program berkenaan adalah titik permulaan kepada kesinambungan program akan datang.

“Penglibatan mahasiswa menunjukkan komitmen mereka terhadap perpaduan dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Semoga usaha seperti ini dapat memperkukuhkan perpaduan dan harmoni dalam kalangan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan,” jelas beliau.

Sementara itu, Khidmat Masyarakat Agihan Limau di Kampung Pak Kah Choon dihadiri Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli dan Exco Negeri Sembilan merangkap ADUN Bahau, Teo Kok Seong.

Turut serta, Pegawai Yayasan Negeri Sembilan Unit Pembangunan Insan, Fazlina; Yuen Fah; Setiausaha JPKK Kampung Pak Kah Choon, Yap Yee Kai dan barisan Ahli Jawatankuasa JPKK kampung berkenaan.

Shamshulkahar menaja 70 kotak limau mandarin kepada komuniti manakala Kok Seong menyumbang sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan program.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok