
Ujian matriks darjah empat bermula tahun ini - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan ujian matrik pembelajaran melibatkan penilaian darjah empat bermula tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ujian berkenaan akan dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melibatkan empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
“Mulai tahun ini ujian penilaian darjah empat dilaksanakan yang akan dikendalikan oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia,” katanya.
Semasa ucapannya, beliau turut mengumumkan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga bagi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan bermula pada 2027.
"Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh LPM secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia," katanya.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan ujian matrik pembelajaran untuk penilaian darjah empat bermula tahun ini
- Pelancaran Rancangan Pendidikan Malaysia dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 diadakan di Dewan Perdana PICC
- Ujian matrik pembelajaran darjah empat melibatkan lima subjek: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
- Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengendalikan ujian penilaian ini
- Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga untuk lima mata pelajaran utama akan bermula pada 2027
