umk3
umk3

UMK mulakan misi bantuan pascabanjir, serah sumbangan kepada pelajar yang terkesan

Nor Azma  Muhamat Laila
06 Mar 2022 02:01pm
A
A
A

TUMPAT - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memulakan misi bantuan pascabanjir (Zon Timur) 1.0 bagi tahun ini dengan menyampaikan sumbangan kepada pelajar universiti itu yang terkesan berikutan banjir khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak turut turun padang bagi menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang mahasiswa.

Antara pelajar yang terkesan ialah Siti Shahrul Niza Yahya di Kampung Telok Jering, dan Siti Nur Shahira Sha'ari di Kampung Atas Kok, Simpangan, Tumpat, Kelantan.

Misi bantuan diteruskan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Boon di Rantau Panjang untuk operasi pembersihan oleh 60 sukarelawan UMK.

Menurut Razli, misi bantuan ini diharap dapat meringankan beban mangsa banjir berikutan rumah mereka dinaiki air dan terputus hubungan.

"Penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai serta kotak makanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - UMK Prihatin turut disampaikan kepada pelajar yang terjejas banjir," katanya.

Turut hadir, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UMK, Profesor Madya Ts Dr Muhamad Saufi Che Rusuli dan Ketua Pentadbir Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Muhamad Anuar Ismail.

Sehingga 4 Mac lalu, jumlah pelajar UMK yang terjejas banjir adalah seramai 41 orang dari seluruh negeri Kelantan dan Terengganu.

Misi kali ini turut mendapat kerjasama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Tumpat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok