portal-buletin2
portal-buletin2

UMT jalin kerjasama strategik dengan PSIS

Mariatul Qatiah Zakaria
02 Nov 2021 11:23am
A
A
A

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) telah bekerjasama dengan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi mengembangkan penyelidikan dalam bidang teknologi.

Kerjasama tersebut direalisasikan melalui sesi menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Menurut Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik UMT, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, kerjasama strategik antara PSIS ini dilihat mampu meningkatkan lagi perkembangan penyelidikan dan pengajaran di kedua-dua institusi pengajian tinggi (IPT) terutamanya bidang teknologi alam sekitar.

“Jalinan kerjasama strategik ini merupakan platform utama perkongsian pengetahuan dan melibatkan diri dalam aktiviti kolaboratif, melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), penyelidikan, penerbitan serta perundingan dalam bidang teknologi dan Kejuruteraan Alam Sekitar.

“Di samping itu, pihak FTKKI UMT juga bersedia menyediakan khidmat nasihat bagi pembangunan kurikulum bidang diploma kejuruteraan alam sekitar di PSIS, menyediakan peluang pembangunan bakat staf PSIS melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di FTKKI UMT serta aktiviti perkongsian atau pemindahan ilmu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan alam sekitar”.

Turut hadir semasa sesi tandatangan adalah Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi serta wakil-wakil industri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok