
UniKL tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia untuk kali ke-2
SHAH ALAM - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mencapai satu lagi penanda aras apabila tersenarai di dalam kelompok universiti terbaik dunia, Times Higher Education (THE) untuk dua tahun berturut-turut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Roziah Omar berkata, daripada 1,662 universiti yang disenaraikan, UniKL diletakkan pada kedudukan ke 1,200.
Menurutnya, terdapat 18 universiti Malaysia di dalam senarai tersebut, termasuk lima institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
"Penyenaraian UniKL di dalam kedudukan universiti terbaik dunia THE dan QS ini membuktikan kemampuan UniKL menjadi antara universiti terbaik di negara ini.
"UniKL merupakan sebuah universiti teknikal keusahawanan terbesar di Malaysia yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
"Ini adalah pencapaian amat membanggakan memandangkan UniKL pada asalnya ditubuhkan daripada beberapa buah institut teknikal dan vokasional milik penuh Mara yang khusus kepada pelbagai bidang teknologi mengikut keperluan industri sebelum ia digabungkan serta dinaik taraf sebagai sebuah universiti pada tahun 2002," katanya.
Tambah beliau, UniKL kini sedang berusaha meningkatkan reputasinya di peringkat antarabangsa melalui kolaboratif dengan universiti dan organisasi ternama dunia dari dalam dan luar negara selain usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.
"Di bawah pelan strategiknya, UniKL menyasarkan untuk berada di kedudukan 600 teratas dalam senarai universiti terbaik dunia menjelang tahun 2025.
"Senarai universiti terbaik dunia THE juga memperlihatkan bahawa institusi pendidikan tinggi di Asia secara perlahan-lahan mengorak langkah untuk mengatasi universiti Barat melalui peningkatan di dalam kedudukan mereka di peringkat global," katanya.
Baca juga:
Pelajar UPM anjur The Furry Friends and Pals Care Fund, bantu selamatkan haiwan terbiar
UniKL MIMET anjur ICMAT 2021, platform bertukar kepakaran dalam teknologi marin terkini
Roziah berkata, menurut Ketua Sains Data di THE, David Watkins, hasil penyelidikan sains perubatan berkaitan pandemik Covid-19 telah melihat peningkatan signifikan dalam kesan petikan (citation) UniKL menurut senarai terbaru itu.
"UniKL melalui Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) dan Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) akan menerajui penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut," katanya.