makum
makum

UNIMAS jadi tuan rumah Mesyuarat MAKUM

Nor Azma  Muhamat Laila
11 Mar 2022 03:18pm
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti – Universiti Malaysia (MAKUM) Kali ke -102, Bil 1/2022, baru-baru ini.

Seramai 30 orang perwakilan yang terdiri daripada pengarah, ketua– ketua dan pegawai–pegawai pusat/unit kebudayaan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah hadir ke mesyuarat yang berlangsung di Dewan Senat, UNIMAS.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku Pengerusi Sekretariat MAKUM tahun 2022/2023, Profesor Dr Arifin Abdu.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali dan Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Patriotisme dan Kebudayaan, Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Nurul Aida Mohd Nordin.

Selepas mesyuarat, delegasi perwakilan IPTA telah menghadiri majlis makan malam bagi mengalu-alukan kedatangan mereka, yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNIMAS, Profesor Dr Kamarudin Kana dan Pengarah Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS, Azeemah Ahmed.

Dalam ucapan ringkas, Kamarudin berkata, pihak UNIMAS mengalu-alukan kedatangan kesemua delegasi dan menyatakan rasa bangga apabila universiti ini dipilih sebagai tuan rumah mesyuarat MAKUM yang pertama yang di pengerusikan oleh Sekretariat MAKUM, UPM.

Pada keesokan harinya, delegasi perwakilan IPTA telah dibawa melawat Kampung Budaya Sarawak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok