Fadhlina (tengah) ketika mempengerusikan Permukiman Pengurusan Tertinggi KPM bersama JPN Sabah, di Kota Kinabalu, Sabah.
Fadhlina (tengah) ketika mempengerusikan Permukiman Pengurusan Tertinggi KPM bersama JPN Sabah, di Kota Kinabalu, Sabah.

Usaha KPM tangani pendidikan di Sabah

ROSHLAWATY MD RAIEH
18 Apr 2024 04:54pm
A
A
A

Faktor demografi yang rencam dan geografi yang luas menjadi cabaran besar dalam menangani permasalahan pendidikan di Sabah.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap berusaha sebaik mungkin untuk menanganinya dengan tindakan segera tetapi berperingkat mengikut keutamaan.

Malah katanya, isu keciciran pelajar yang berlaku di sana sering kali didorong faktor kemiskinan, masalah keluarga, masalah disiplin, menyertai sektor pekerjaan, tiada minat belajar, berkahwin awal dan sebagainya juga wajar ditangani bersama.

“Faktor-faktor ini juga sangat berkait rapat dengan permasalahan legasi seperti isu infrastruktur dan prasarana pendidikan.

“Sebab itu pihak kerajaan dan kementerian sentiasa mencari jalan untuk memastikan hambatan ini ditangani secara strategik dan tidak menghalang proses pengembangan dan kemajuan pendidikan,” catat Fadhlina di media sosial Facebook, pada Khamis.

Beliau menulis sedemikian susulan mempengerusikan Permukiman Pengurusan Tertinggi KPM bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, di Kota Kinabalu, Sabah.

Turut serta Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Pengarah JPN bersama 13 pengurusan kanannya dan kesemua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) yang memimpin 24 buah PPD seluruh Sabah.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Fadhlina memberitahu, terdapat enam kluster isu utama telah dibincangkan dalam permukiman itu.

Ia termasuklah kluster isu asrama, kluster isu infrastruktur, kluster isu pendidikan khas dan kluster isu program (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

“Kami bersepakat untuk mendukung dan menggerakkan dengan sepenuhnya enam hala tuju pendidikan berteraskan hala tuju keutamaan negara merangkumi aspek kurikulum, STEM, TVET, prasekolah, penguasaan bahasa dan pendidikan digital.

“Ternyata, antara kekuatan pendidikan di Sabah adalah unsur kepelbagaian dalam bingkai kesatuannya yang menjadi cerminan keutuhan Bangsa Malaysia yang kita hasratkan! 'Ponsikou' (terima kasih), JPN Sabah!” catatnya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok