Jalinan kerjasama bersama industri juga perlu dipertingkatkan yang bukan sahaja berkaitan kebolehpasaran graduan tetapi turut menekankan aspek penyelidikan.
Jalinan kerjasama bersama industri juga perlu dipertingkatkan yang bukan sahaja berkaitan kebolehpasaran graduan tetapi turut menekankan aspek penyelidikan.

UTeM disarankan mantapkan bidang Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran oleh KPT

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
08 May 2023 11:35am

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disarankan untuk terus memantapkan dan menjayakan bidang tujahannya dalam memfokuskan kepada Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, jalinan kerjasama bersama industri juga perlu dipertingkatkan yang bukan sahaja berkaitan kebolehpasaran graduan tetapi turut menekankan aspek penyelidikan.

“Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan dengan kerjasama antara fakulti bagi meneroka serta mengembangkan ilmu baharu.

“Hasilnya pula hendaklah dikongsi bersama masyarakat supaya ia dapat membantu mengubah dan seterusnya memantapkan negara,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Beliau mengulas perkara berkenaan ketika lawatan kerjanya ke Kampus Teknologi UTeM yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Seri Dr Haji Hasim Hasan dan Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin; pengurusan kanan universiti serta wakil mahasiswa UTeM.

Lawatan terbabit juga dimulakan dengan pembentangan pencapaian dan hala tuju UTeM pada masa akan datang termasuklah melibatkan lima Teras Strategik, program pembangunan usahawan dan mahasiswa, jalinan kerjasama industri serta beberapa perkara lain.

Program berkenaan diteruskan dengan lawatan ke makmal serta teknologi semasa yang digunakan universiti tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp