VIC22 kini kembali, tawar lebih 21 anugerah khas kepada peserta
VIC22 kini kembali, tawar lebih 21 anugerah khas kepada peserta

VIC22 kini kembali, tawar lebih 21 anugerah khas kepada peserta

Roshlawaty Md Raieh
27 Oct 2022 09:34am
A
A
A

Program inovasi dalam talian ‘Virtual Innovation Competition 2022’ (VIC22) yang berkonsepkan penghasilan produk inovasi kini kembali lagi bagi edisi ketiga.

Ia merupakan kesinambungan daripada edisi terdahulu di mana seramai 347 peserta menyertai edisi pertama manakala 676 peserta menyertai edisi kedua.

Bagi edisi ketiga, buat pertama kalinya program ini akan diuruskan oleh DIGIT360 yang merupakan syarikat pemula Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan dibantu Digital Information Interest Group (DIGIT) serta Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kelantan.

Pada tahun ini juga menyaksikan pertambahan bilangan rakan strategik penganjuran VIC22 yang disokong oleh Universitas Ngudi Waluyo, Indonesia; Camarines Sur Polytechnic Colleges, Philippines; Indian Innovators Association, India; Indonesia Scientific Society, Indonesia; The Union Of Arab Academics, Yemen dan Asia Research News.

Ia turut disokong Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber, Persatuan Pustakawan Malaysia; Nusantara Training and Research, Indonesia; Nobel International School, Malaysia; LSL International Academy, Malaysia; Academica Press Solutions; RR Texnology Solutions dan Laman Teknologi.

Untuk edisi kali ini, VIC22 telah pun bermula 15 September lalu dan akan berakhir 15 November ini.

Terdapat enam kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Profesional; Tertiari (Sains Sosial); Teriari (Sains dan Teknologi); Young Scientist; Junior Scientist dan 3-Minute Thesis.

Sementara itu, VIC22 kali ini menawarkan lebih 21 anugerah khas di samping penyertaan percuma bagi kategori pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kesemua projek akan diadili lebih 200 juri tempatan dalam dan luar negara seperti dari India, Indonesia, Filipina, Australia dan Yemen.

Untuk maklumat lanjut penyertaan boleh layari laman sesawang http://vic22.my atau sertai telegram rasmi pertandingan di https://t.me/vicsupport.

Artikel berkaitan 

Inovasi e-Waze rangkul 3 anugerah di iCAN 2022

4 pelajar bangunkan inovasi yang mampu mengurangkan kemalangan jalan raya

Kreatif bangunkan inovasi e-gamifikasi membolehkan Cyber Squad muncul juara MKBC’22


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok