Inovasi e-Waze rangkul 3 anugerah di iCAN 2022
Inovasi e-Waze rangkul 3 anugerah di iCAN 2022

Inovasi e-Waze rangkul 3 anugerah di iCAN 2022

Roshlawaty Md Raieh
26 Oct 2022 11:44am
A
A
A

Inovasi ‘e-Waze: A Solid Waste Management Apps’ yang dihasilkan kumpulan Marvel Enterprise berjaya meraih tiga anugerah dalam pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2022 di Toronto, Kanada, baru-baru ini.

Kumpulan Marvel Enterprise yang terdiri daripada gabungan pelajar, bekas pelajar dan juga pensyarah berjaya meraih pingat emas kategori Inovasi Teknologi Hijau dan Alam Semula jadi; Anugerah Khas Kanada dan Anugerah Video Terbaik.

Anggota kumpulan tersebut ialah tiga bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu (UPMKB) iaitu Mohamad Zaki Mohamad Saad; Leong Wan Teng; Nurhafizatun Ramlan.

Manakala selebihnya adalah Nathaniel Maikol (pelajar Universiti Malaysia Sabah); Nur Ashikin Meddin (bekas pelajar Universiti Malaysia Sarawak); Dr Shiamala Devi Ramaiya (Pensyarah Kanan UPMKB) dan Dr Shafinah Kamarudin (Pensyarah Kanan UPM merangkap Penasihat Projek).

Menurut Mohamad Zaki selaku ketua kumpulan, inovasi ‘e-Waze: A Solid Waste Management Apps’ merupakan aplikasi mudah alih yang direka untuk memudahkan masyarakat membuat aduan mengenai sisa pepejal, sisa domestik dari rumah, kawasan komersial dan lokasi lain kepada pihak berkuasa tempatan sebagai fungsi utama.

Manakala, beberapa fungsi lain seperti memastikan masyarakat peka dengan penjagaan alam sekitar dan perubahan iklim semasa, turut menjadi sebahagian peranan ‘e-Waze: A Solid Waste Management Apps’ dihasilkan.

Tambah Mohamad Zaki lagi, penghasilan inovasi tersebut turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 11 Bandar dan Komuniti Lestari serta SDG 13 Tindakan Iklim.

iCAN 2022 merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara yang disertai 81 buah negara dan melibatkan 700 hasil penyelidikan dari seluruh dunia.

Sebelum ini, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang, Maryam Muzamir pernah merangkul tiga pingat emas dalam iCAN 2021.

Maryam berjaya menghasilkan inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.

Kerana kejayaannya merangkul beberapa pingat emas, Maryam telah mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam bukan sahaja berjaya mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi murid ini juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Artikel berkaitan 

Kreatif bangunkan inovasi e-gamifikasi membolehkan Cyber Squad muncul juara MKBC’22

Penyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labu

Inovasi ciptaan 10 pelajar jadi pilihan juri, ini pesanan guru pembimbing kepada mereka


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok