ssstiktok_1644564471
ssstiktok_1644564471

(VIDEO) Gagal patuhi peraturan, tindakan guru ini dianggap keterlaluan

Adlan Farhan Azwan
11 Feb 2022 03:31pm
A
A
A

Baru-baru ini tular satu video di laman TikTok yang menunjukkan seorang guru di Indonesia bertindak membakar beberapa kasut di tengah-tengah kawasan sekolah.

[video width="576" height="720" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/ssstiktok_1644564471.mp4"][/video]

Dalam video yang dimuat naik oleh @ssllebeew pad 9 Februari lalu itu, kelihatan sudah ada longgokan kasut yang sedang dibakar.

Guru tersebut kemudiannya mengambil lagi beberapa kasut dan mencampakkannya ke dalam longgokan yang sedang terbakar.

Baca juga

Tular video pelajar alami kesukaran menggalas beg, ini penjelasan sebenar daripada ibunya

[VIDEO] “Nak nyanyi lagu XPDC pada sambutan Hari Guru”

Menurut pemilik video itu sendiri, tindakan guru itu berpunca daripada murid-murid yang tidak mematuhi arahan pemakaian kasut hitam dan stoking putih yang diwajibkan pada setiap hari Selasa.

Bertambah buruk apabila guru itu sempat memberikan senyuman kepada kamera yang sedang merakamnya menunjukkan seolah-olah tindakan yang diambil oleh guru itu adalah betul dan perkara yang biasa.

Kejadian yang berlaku itu telah mendapat perhatian pengguna media sosial di sana yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan yang agak keterlaluan oleh guru tersebut.

2stroke_racing_id: Seharusnya guru tidak mempunyai hak untuk membakar kasut mereka kerana kasut dibeli menggunakan duit. Cukuplah kasut mereka disimpan dan dikembalikan kepada ibu bapa mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

saifilip: Kejam tindakan guru itu, bagaimana pula dengan ibu bapa yang sudah bersusah payah mencari wang hanya untuk membeli kasut. agar anaknya dapat menghadiri ke sekolah.

put_chill07: Ada juga guru sebegitu tanpa memikirkan ibu bapa yang telah bermati-matian mencari rezeki untuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-mereka.

Namun, terdapat juga sebahagian daripada pengguna laman TikTok yang bersetuju dengan tindakan guru itu dengan menyalahkan murid kerana melanggar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tersebut.

Sumber: makassar.terkini.id

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok