211111-youtube-dislike-button-3f091f (1)
211111-youtube-dislike-button-3f091f (1)

(VIDEO)Terkini, tiada lagi paparan kiraan 'dislike' di YouTube

Mohd Khairi Mohamad Yusri
12 Nov 2021 09:42am
A
A
A

YouTube kini mengambil keputusan untuk menjadikan kiraan tidak suka pada video-video di platform tersebut sebagai hak persendirian iaitu hanya boleh dilihat oleh pencipta video sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=kxOuG8jMIgI

Menurut mereka, keputusan ini adalah hasil daripada eksperimen yang dijalankan sejak awal tahun ini yang mana mendapati trend serangan tidak suka terhadap video-video yang dimuat naik di platform tersebut semakin berkurangan.

“Pada awal 2021, YouTube bereksperimen dengan menjadikan pengiraan tidak suka (dislike) tidak kelihatan pada pandangan awam untuk melihat sama ada ia akan membantu mengurangkan serangan ‘dislike’ dalam platform tersebut.

“Selepas analisis dijalankan pada bulan Julai tahun ini, kami melihat pengurangan (dalam serangan dislike). Kini, kiraan tidak suka di YouTube akan hanya boleh dilihat oleh pemuat naik(tetapi butang tidak suka kekal).

“Penonton masih boleh tidak menyukai video dan tindakan itu akan digunakan untuk menyesuaikan syor peribadi mereka tetapi, penonton tidak akan dapat melihat kiraan tanda tidak suka, hanya pencipta yang boleh melihatnya dalam YouTube Studio,” kata YouTube dalam satu video pengumuman mereka.

BACA JUGA: Pelajar tahun satu UiTM Shah Alam jadi calon termuda dalam PRN Melaka

BACA JUGA: Mendidik dan berfikir melalui hati: Mendasari kajian kes dari sudut pandangan seorang pendidik

Tinjauan GPSBestari di ruangan komen pula mendapati rata-rata pengguna merasa tidak senang dengan keputusan terbaharu itu.

Seorang pengguna HelixSnake menyatakan jika YouTube meneruskan keputusan ini, kesan yang akan mereka hadapi adalah kandungan palsu di YouTube akan menjadi semakin banyak dan sukar dikawal.

“Platform media sosial lain tanpa butang tidak suka mempunyai maklum balas negatif yang boleh dilihat di ruangan komen dan tidak boleh ditapis oleh orang awam tetapi di YouTube, pencipta video boleh memadamkan sebarang komen tidak disukainya dalam ruangan komen.

IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram

“Butang tidak suka ialah satu-satunya cara penonton untuk memberitahu sebuah tajuk/video itu adalah mengelirukan, umpan klik, penipuan, maklumat yang salah dan sebagainya. Jika YouTube meneruskan keputusan untuk membuang kiraan tidak suka, maka kandungan di Youtube akan menjadi lebih teruk,” tulisnya.

Pengguna lain bernama Ash Gir pula menyatakan keputusan ini akan memberi kesan terhadap kebebasan bersuara di YouTube.

“Saya dari Rusia, di mana agak mustahil untuk kami menyatakan pendapat kami, tetapi di YouTube adalah tempat di mana kami boleh melakukannya. Tapi kini tidak lagi. Terima kasih kerana membantu diktator,” katanya.

BACA JUGA: PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

BACA JUGA: Pengacaraan sudah sebati dalam diri, Cikgu Ahmad Baqi asah bakat sejak di IPG

Pengguna Figureight pula menyatakan keputusan ini akan menyukarkan orang ramai mengenal pasti kandungan palsu yang berlegar di platform tersebut.

“Anda telah mengalih keluar keupayaan orang ramai untuk melihat dengan mudah video yang berkaitan dengan penipuan, maklumat palsu/mengelirukan dan lain-lain dengan menyembunyikan maklumat penting daripada penonton, semuanya untuk melindungi segelintir orang yang mendapat kecewa kerana videonya mendapat banyak tanda tidak suka walaupun ia tidak menjejaskan video mereka secara negatif?

“Ini adalah satu lagi keputusan oleh syarikat yang terus memekakkan telinga terhadap apa yang sebenarnya dikehendaki oleh orang ramai,” tulisnya dalam ruangan komen pengumuman berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok