Al-Sultan Abdullah berkenan bertitah ketika menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.
Al-Sultan Abdullah berkenan bertitah ketika menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.

Wakil rakyat Pahang gesa selesaikan isu 'sekolah kontena'

09 May 2024 06:55pm
A
A
A

Isu pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Pahang yang berlarutan sekian lama perlu diselesaikan segera.

V Arumugam (BN-Sabai) berkata, meskipun tapak dan dana pembinaan telah diluluskan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, projek berkenaan kini terbengkalai.

"Terdapat beberapa bilik darjah di sekolah ini yang beroperasi di dalam kontena yang diubah suai dan mendapat jolokan nama sekolah kontena. Isu ini sering dipolitikkan dan dijadikan isu untuk menyerang kerajaan Pusat serta negeri oleh beberapa pihak.

"Maka, saya memohon tindakan kerajaan negeri dan juga Pusat agar segera menangani isu ini, mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu sekolah dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Persidangan bersambung esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok