little-caliphs-haji
little-caliphs-haji

1,311 murid tadika teruja dapat 'naik haji'

Adlan Farhan Azwan
29 Jun 2022 06:11pm
A
A
A

Seramai 1,311 kanak-kanak berumur enam tahun lengkap berpakaian ihram dan bertelekung telah menyertai Program Little Hajj 2022 yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad V Sungai Udang, Melaka, hari ini.

Program yang dianjurkan tadika, The Little Caliphs itu bertujuan memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang ibadah haji.

Menurut Ketua Pegawai Akademik, Little Caliphs, Datin Dr Sabariah Faridah Jamaludin, semua murid dan guru yang terlibat adalah daripada tadika yang beroperasi di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, program kali ini berlangsung dalam suasana lebih meriah kerana melibatkan jumlah peserta yang ramai.

“Program yang dianjurkan hari ini merupakan kemuncak bagi segala pengajaran yang telah dilakukan di dalam kelas dan seterusnya memberi peluang kepada murid merasai pengalaman menunaikan haji secara praktikal.

“Segala persiapan menyediakan replika kaabah, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa serta Marwah telah dilakukan oleh pihak urus setia terlebih dahulu.

“Hasilnya, peserta didedahkan dengan keadaan sebenar proses sebelum dan semasa menunaikan ibadah haji serta memahami konsep rukun Islam kelima itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, program tersebut telah menerima maklum balas yang memberangsangkan dalam kalangan ibu bapa.

“Namun, atas sebab tertentu, ibu bapa tidak dapat hadir untuk bersama-sama merasakan kemeriahan program tersebut,” tuturnya lanjut.

Artikel berkaitan

Panduan buat guru tadika, tip bagi anak murid suka datang sekolah tanpa ragam

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan

Pelajar pengajian Islam dan bahasa Arab perlu kuasai bahasa Inggeris, ini sebabnya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok