Tak sangka ada sawah padi dalam kawasan sekolah. Memang hebatlah SK Batu Laut
Tak sangka ada sawah padi dalam kawasan sekolah. Memang hebatlah SK Batu Laut

Tak sangka ada sawah padi dalam kawasan sekolah. Memang hebatlah SK Batu Laut

Roshlawaty Md Raieh
24 Apr 2022 02:50pm
A
A
A

Anda tentu tak percaya bila melihat sawah padi wujud dalam kawasan sekolah.

Namun, Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Tanjong Sepat, Selangor telah membuktikan bahawa mereka dapat mengusahakan sawah padi diperkarangan sekolah dengan menggunakan kaedah tersendiri.

Walaupun kawasan penanaman padi itu tidak luas, tapi mereka berjaya menanamnya dengan mendapat bimbingan daripada pihak Jabatan Pertanian.

Guru Besar, Azmi Kamal Mat Lazim berkata, program tanaman padi tersebut membolehkan semua murid melihat sendiri bagaimana tanaman padi dilakukan.

Ini kerana, kebanyakan daripada murid-murid tidak pernah melihat padi secara dekat.

Katanya, selain tananam padi, turut diusahakan juga tanaman nanas, herba, pokok kelapa dan ternakan ikan patin serta tilapia.

Sambung Cikgu Azmi lagi, objektif aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyokong program Sekolah Lestari yang baru bermula pada tahun 2021 dan dijangka berlangsung selama lima tahun.

Terdahulu, SK Batu Laut bekerjasama dengan Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Kejuruteraan UiTM Shah Alam, University Toyama dan Chuo Elementary School Toyama, Jepun untuk mengukuhkan pendidikan kelestarian sekolah.

Sementara itu, guru Sains, Khoiri Ibrahim berkata, program berkenaan dapat mendidik murid tentang proses penghasilan makanan ruji negara iaitu bermula dengan menanam padi sehinggalah menjadi beras dan nasi secara tradisional.

Selain itu, murid juga dididik dengan kaedah bagaimana menanam herba dan menternak ikan secara komersial.

“Besar harapan saya agar program menarik ini dapat melahirkan warga sekolah yang menghargai alam sekitar dan memanfaatkan sebaik-baiknya setiap nikmat yang dikurniakan Allah SWT,” katanya.

Artikel berkaitan 

Baca 85 buku setahun, kini Nurdayana jadi idola pelajar sekolah

Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022

Hasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok