Tiny people doing priorities checklist flat vector illustration
Tiny people doing priorities checklist flat vector illustration

5 Teknik pengurusan masa ketika PdPR, adik-adik boleh lakukan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
08 Jul 2021 09:28pm
A
A
A

Pernah tak adik-adik mengeluh, merasakan masa adik-adik di rumah tidak mencukupi. 

Masa untuk sesi persekolahan, masa hendak bersama keluarga, rakan-rakan dan banyak lagi.

Banyak betul perkara yang adik-adik hendak lakukan, sampaikan tidak terbuat semuanya.

gambar hiasan

 

Lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 ini, proses pembelajaran pun selalunya dalam mod PdPR. Memang sangan memenatkan minda, jadi pengetahuan untuk menguruskan masa dengan baik adalah sangat penting.

 

Tanpa pengurusan masa yang baik, murid-murid kemungkinan bakal ketinggalan dalam pembelajaran.

Jom ikuti teknik menguruskan masa ketika PdPR ini:

1. Tulis senarai aktiviti yang ingin dilakukan

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyenaraikan senarai aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang hari ini. Contohnya, pada hari ini ada kelas Google Meet, tugasan yang diberikan oleh guru, menolong ibu bapa, membasuh baju dan lain-lain.

gambar hiasan

2. Tentukan aktiviti utama mengikut kepentingan

Selepas menyenaraikan aktiviti pada hari ini, kamu perlu tentukan apakah aktiviti yang paling utama terlebih dahulu. Sebagai contoh, kelas Google Meet perlu diletakkan di dalam senarai yang paling penting kerana mempunyai masa yang ditetapkan.

gambar hiasan dari freepik

 

3. Buat segera dan jangan bertangguh

Apa-apa aktiviti yang terkandung di dalam senarai tadi perlulah diselesaikan dengan segera, kecuali ada perkara yang mendesak yang menyebabkan anda tidak mampu menyelesaikannya.

gambar hiasan

Sebagai contoh, tugasan yang diberikan oleh guru perlulah dilaksanakan dengan segera kerana tugasan yang diberikan oleh guru adalah pada setiap hari. Jika bertangguh, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

4. Perlu disiplinkan diri

Pastikan anda menyelesaikan aktiviti seperti apa yang ditulis di dalam senarai tadi. Jika terasa susah, anda juga boleh membuat jadual belajar sendiri yang diolah mengikut senarai yang telah anda tetapkan tadi.

5. Berikan ganjaran pada diri sendiri

Selepas berjaya melaksanakan tugasan pada hari tersebut, anda bolehlah memberikan ganjaran kepada diri sendiri.

Sebagai contoh, selepas sahaja berjaya menyiapkan kerja sekolah, anda memberikan ganjaran untuk makan aiskrim, ataupun memberi tambahan masa untuk bermain video pada hari tersebut.

gambar hiasan

Sumber: Youtube Unit Bimbingan & Kaunseling SMKBBST

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok