(VIDEO) Guru tarik minat pelajar belajar Sejarah, guna bakat melukis di sekolah
Sejarah disifatkan sebagai subjek yang paling membosankan oleh para pelajar sekolah menengah kerana mengandungi banyak fakta yang perlu dihafal.
Ia memerlukan daya kefahaman yang tinggi untuk skor dalam subjek tersebut terutama ketika menduduki peperiksaan tahunan.
https://www.tiktok.com/@faemchannel/video/7097064709907582234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7104448194654832130
Sekiranya tidak memahaminya dengan betul, maka pelajar akan menerima markah rendah memandangkan ia mempunyai kaitan dari satu tajuk ke tajuk yang lain.
Oleh itu, pelbagai kaedah pembelajaran diketengahkan oleh guru-guru untuk memastikan anak murid dapat mengikuti silibus tersebut dengan jayanya.
Sebagaimana yang dilakukan oleh pengguna media sosial TikTok dengan nama @faemchannel, dia mengajar subjek Sejarah menggunakan bakat melukis yang dimilikinya.
Difahamkan, pelajar-pelajar di kelasnya berdepan dengan masalah untuk memahami subjek tersebut dengan berkesan.
Jadi, pemuda itu pun menggunakan kaedah lukisan bagi memberi gambaran yang jelas kepada para pelajarnya.
Menerusi rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik itu, guru lelaki berkenaan menggunakan sehabis baik ruang papan putih di bilik darjah dengan lakaran peta minda berserta lukisan untuk mengajar topik zaman paleolitik.
Dia turut menggunakan pelbagai warna pen ‘marker’ untuk meningkatkan kefahaman anak murid secara visualisasi.
Hantaran yang dimuat naik itu berjaya meraih lebih 200 ribu tontonan dan 14 ribu tanda suka daripada warganet.
@syyyah_ meninggalkan komen bahawa pendekatan yang dilakukan oleh guru berkenaan menyebabkan dia berasa tertarik ingin belajar subjek Sejarah semula.
@amni._12 menyifatkan sesi pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika guru mempraktikkan teknik demikian.
@eel.httf pula berkata kaedah melukis seperti itu mengelakkan pelajar daripada berasa bosan ketika mempelajari Sejarah.
Artikel berkaitan
Lukis potret guna tangan dan kaki, bakat luar biasa Cikgu Saiful buat ramai terpegun
Bakat dan minat terhadap melukis dorong Nur Iman ceburi bidang animasi ketika berusia 13 tahun
Airiel Haziq mahu jadi arkitek, hasilkan lukisan seni bina kerana minat