note-thanun-CYlPykF-qAM-unsplash
note-thanun-CYlPykF-qAM-unsplash

Anak sering berasa takut untuk ke sekolah? Ini 5 tip mudah yang ibu bapa boleh ikuti

Adlan Farhan Azwan
24 Feb 2022 02:59pm
A
A
A

Saat pertama kali anak-anak baru memasuki alam persekolahan tentunya sesuatu yang menarik dan istimewa buat ibu bapa. Kadang-kadang banyak cerita lucu yang mengiringi proses persekolahan mereka.

Walaupun ia mungkin menarik dan tidak dapat dilupakan, tidak semua kanak-kanak boleh berasa selesa ketika memulakan hari pertama mereka sehingga cenderung menjadi takut dan gemuruh ketika berada di sekolah.

Bagi memastikan anak-anak berasa seronok dan selesa untuk memulakan alam persekolahan, Sinar Bestari kongsikan dengan ibu bapa lima tip yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah anak takut untuk ke sekolah.

Baca juga

Kemiskinan haid: Guru, ibu bapa dan masyarakat digesa fahami keperluan asas anak

Bosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak

1. Iringi anak ke sekolah

Anak-anak yang memulakan alam persekolahan merupakan detik istimewa buat ibu bapa. Sudah tentu anda tidak boleh terlepas detik menemani anak-anak ke sekolah.

Selain itu, anak-anak juga akan berasa selesa kerana ibu bapa mereka menemani mereka ke sekolah.

Bukan sahaja untuk menemani anak-anak, ibu bapa juga boleh memberi perhatian kepada persekitaran sekolah termasuk rakan sekelas dan guru-guru.

2. Memberi galakan kepada anak-anak

Satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah terus memberi semangat kepada anak-anak. Ibu bapa pastinya dapat memberikan rasa semangat melalui pelbagai perkara yang berbeza.

Walaupun melalui lisan sahaja, perasaan semangat itu masih boleh diterapkan dalam kalangan anak-anak dan ia memberi kesan yang besar kepada mereka.

3. Wujudkan suasana yang tenang ketika ke sekolah

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai perasaan takut dan gemuruh untuk memulakan hari pertama mereka, terutamanya apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali.

Itulah sebabnya ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang tenang apabila anak-anak mereka ke sekolah. Suasana yang tenang akan membantu kanak-kanak memulihkan semangat dan mengurangkan rasa gemuruh.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4. Membantu kanak-kanak bergaul dengan rakan-rakan mereka

Setiap kanak-kanak mempunyai perwatakan yang tersendiri termasuklah dalam konteks pergaulan.

Sudah tentu, ibu bapa mesti membantu anak-anak mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya mereka. Jika dibiarkan anak itu bersendirian, tidak mustahil jika akhirnya dia tidak mempunyai kawan di sekolah.

5. Hargai dan fahami perasaan anak atas apa yang dilakukan

Ibu bapa perlu sentiasa memberikan penghargaan yang tinggi kepada anak-anak di atas apa yang mereka lakukan.

Sumber: IDN Times

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok