WhatsApp Image 2021-06-10 at 9.59.20 PM
WhatsApp Image 2021-06-10 at 9.59.20 PM

Bootcamp Maya 2.0 kongsi tip skor A UPKK

Mariatul Qatiah Zakaria
11 Jun 2021 10:15am
A
A
A

KUALA LUMPUR – Hatimurni Islamic Private Education (Hatimurni) menyediakan landasan kepada pelajar untuk mendapatkan tip skor A di dalam subjek Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) melalui program ilmiah, Bootcamp Maya 2.0.

Merupakan bootcamp kedua pada tahun ini, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan berbanding bootcamp secara bersemuka yang diadakan bulan lepas.

Rata-rata, ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dan tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan untuk mendapatkan tip skor A.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni, Siti Khadijah, objektif Bootcamp Maya 2.0 UPKK ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya cakna akan cara-cara untuk skor A dengan mudah untuk setiap subjek yang diambil.

Katanya lagi, selain itu, pelajar akan dibimbing agar mahir jawi memandangkan soalan peperiksaan disediakan di dalam tulisan jawi.

“Kami membariskan guru-guru berpengalaman seperti Motivator ‘Aku Pelajar Skor A (Adab, Akhlak & Akademik), Cikgu Norhisham; Panel Penulisan Jawi, Ustazah Dayangku Masherah; Panel Bahasa Arab & Ibadah, Ustazah Siti Hasliza dan Panel Sirah & Akidah, Ustaz Muhamad Hanafi untuk membimbing para pelajar.

“Kesemua mereka adalah pakar di mana masing-masing merupakan penggubal soalan peperiksaan serta penanda kertas jawapan peperiksaan.

“Penyertaan 400 pelajar pada bootcamp maya ini dilihat sebagai perkembangan positif dalam medium pembelajaran dalam talian (online) di mana kami begitu komited untuk membantu para pelajar mendapat keputusan cemerlang di dalam UPKK dan pelajar-pelajar yang tidak dapat menyertai kerana kuota telah penuh, Insya-Allah kita akan bertemu di bootcamp 3.0 nanti,” ujarnya.

Tambah Siti Khadijah, pihaknya teruja apabila melihat ibu bapa memberi kerjasama penuh di mana mereka memberi sokongan padu kepada anak-anak belajar secara dalam talian.

Tuturnya, situasi tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa ibu bapa sentiasa mengambil serius terhadap pembelajaran anak-anak.

Selain Kuala Lumpur dan Selangor, program yang berlangsung selama dua hari itu turut menerima penyertaan pelajar dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Program dua hari ini secara tidak langusng membantu pelajar agar lebih taktikal untuk menjawab soalan UPKK dan mempelajari teknik untuk skor A bagi setiap subjek yang diambil.

Ibu bapa yang mempunyai anak, calon UPKK 2021, boleh sertai Grup Nak Skor UPKK di Facebook Hatimurni.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok