Video berdurasi pendek itu memaparkan seorang murid lelaki membonceng motosikal bersama ayahnya dan khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran di tangan, mungkin sedang menghafal surah yang dipelajari.
Video berdurasi pendek itu memaparkan seorang murid lelaki membonceng motosikal bersama ayahnya dan khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran di tangan, mungkin sedang menghafal surah yang dipelajari.

'Saat orang lain leka dengan telefon, dia memilih membaca al-Quran' - Warga maya menangis

08 Jul 2025 04:47pm

Tular satu video yang cukup menginsafkan di platform Threads, dimuat naik oleh pengguna @fz_fadhlilzain_.

Video berdurasi pendek itu memaparkan seorang murid lelaki membonceng motosikal bersama ayahnya dan khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran di tangan, mungkin sedang menghafal surah yang dipelajari.

Apa yang lebih menyentuh jiwa, detik itu berlaku ketika mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat. Mungkin!

"Ketika ramai leka melayani telefon pintar, kamu pula asyik menelaah ayat-ayat al-Quran. Alangkah bertuahnya ibu dan ayah memiliki seorang anak sepertimu yang tekun, tenang dan cintakan ilmu akhirat. Moga terus membesar menjadi anak soleh yang membanggakan dunia dan akhirat,” demikian pandangan penulis yang turut tersentuh dengan situasi luar biasa ini.

Sementara itu, ruangan komen di Threads penuh dengan ucapan syukur, doa dan kekaguman kepada murid itu.

Rata-ratanya tersentuh melihat kesungguhan dia mendalami al-Quran walaupun dalam suasana yang tidak formal.

"Allahuakbar...Masya-ALLAH, sejuk perut ibu mengandung." 

"Anak ini mengingatkan saya pada zaman kecil saya, tapi sekarang anak-anak lebih sibuk dengan telefon." 

Artikel Berkaitan:

"Bertuah mak ayah dia. Moga istiqamah sampai besar." 

"Subhanallah. Masya-ALLAH. Alhamdulillah buat kedua orang tuamu nak. Semoga menjadi Hafiz." 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp