usim
usim

Budayakan pendidikan halal, dalam kalangan pelajar sekolah

Rasyidah Zulkifi
02 Sep 2022 10:09am
A
A
A

Pendidikan halal memainkan peranan penting dalam kehidupan semua pelajar sekolah terutama berkaitan hal makan dan minum.

Justeru, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nestle Product Sdn Bhd (Nestle) menjalinkan kerjasama menerusi Program Halal@School, dalam usaha memberikan ilmu dan kesedaran kepada mereka berhubung kepentingan pemakanan halal serta kebaikan amalan gaya hidup sihat.

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) itu telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Halal@School with Nestle merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mensasarkan pembabitan pelajar sekolah rendah.

Bertemakan ‘Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang’, program ini memberikan penekanan terhadap kepentingan pengambilan makanan berstatus halal untuk semua individu Muslim dan juga bukan Muslim.

Pada masa yang sama mendidik para pelajar untuk cakna kepada produk makanan bersih, selamat, sihat dan halal.

Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifuddin Md Shaarani, berkata, kerjasama dua hala ini merupakan salah satu langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan halal yang dilaksanakan oleh pihak universiti kepada komuniti.

“Para pelajar akan dilibatkan dalam sesi pembelajaran menerusi perkongsian ilmu dan kesedaran berkenaan halal dalam kalangan masyarakat daripada setiap lapisan umur.

“Bertemakan ‘Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang’, program ini memberikan penekanan terhadap kepentingan pengambilan makanan berstatus halal dalam kalangan semua individu dan pada masa yang sama mendidik para pelajar untuk cakna kepada produk makanan bersih, selamat, sihat serta halal,” katanya.

Tambah beliau, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM adalah sebuah pusat yang memfokuskan untuk mendidik masyarakat dalam memacu kecemerlangan dan sinergi kelestarian fatwa serta halal di seluruh dunia.

“Dengan termeterainya perjanjian MoA antara IFFAH dengan Nestle Malaysia pada hari ini, diharap aktiviti-aktiviti berbentuk CSR dapat dilaksanakan dengan lebih rancak pada masa akan datang.

“Secara tidak langsung, kerjasama bersama industri besar ini akan memperkukuhkan keterlihatan (visibility) universiti di Malaysia dan memperkasakan agenda USIM Cemerlang, USIM Disayang,” katanya.’

Pada majlis tersebut, hadir sama, Pengarah IFFAH Profesor Dr Irwan Mohd Subri, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle Malaysia, Datuk Adnan Pawanteh dan Ketua Hal Ehwal Halal Nestle Malaysia, Othman Md Yusoff.

Artikel berkaitan

SK Dato’ Wan Kemara wujudkan Laman Relax and Recharge, budayakan program minda sihat 

Galak budaya inovasi dalam kalangan pelajar 

Tiada kesan sampingan serius pengambilan vaksin dalam kalangan pelajar sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok