Untitled design
Untitled design

‘Cikgu, saya dah ada telefon. Macam mana nak buka Google Classroom ini’ – Ramai tersentuh dan sebak

Roshlawaty Md Raieh
17 Nov 2020 10:20pm
A
A
A

Seronok murid ini bila sudah ada telefon di tangannya.

Ditanya kepada guru, bagaimana untuk menggunakan Google Classroom menerusi telefon bimbit tersebut.

Ya Allah, penulis sebak bila membaca perkongsian ini.Kerana ilmu, murid berkenaan berusaha mendapatkan telefon.

"Bila saya jumpa dia, tak henti-henti dia bercerita tentang telefon yang sudah retak cermin di sana sini dan skrin yang berbalam di beberapa kawasan.

“Saya sendiri juga sedih,” kata guru bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Jaya Setia, Cikgu Asmadi Abdul Samad.

Ikuti kisah yang menyentuh hati ini seperti yang dipetik menerusi laman Facebook guru muda tersebut.

*****

"Cikgu, saya dah ada telefon," lapor salah seorang anak muridku hari ini menggunakan pesanan suara di aplikasi whatsapp. Ceria suaranya.

“Macamana nak bukak Google Classroom cikgu? soalnya.

“Siapa ada kat rumah? soal saya.

“Aaa…nenek,” jawabnya.

“Ok, tunggu depan rumah. Cikgu datang sekarang”

Untungnya sekolah dalam kampung, semua murid duduk dalam kampung dan berdekatan dengan sekolah. Tak sampai lima minit dah sampai ke rumahnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dari jauh lagi dah nampak dia tersengih-sengih sambil mengayuh basikal di laman rumahnya.

Terus dia menghulurkan telefon bimbitnya. Sambil mulutnya tak berhenti-henti bercakap. Menceritakan perihal telefon bimbitnya yang sudah retak cermin di sana sini dan skrin yang berbalam di beberapa kawasan.

Kawan,

Beginilah kondisi sebahagian dari anak-anak kita sekarang.

Ini pun mujur ada handphone biarpun kecil dan tidak sempurna. Kalau tidak memang terpaksalah kami bertukar-tukar fail sahaja di pondok jaga. Cuba bayangkan bagaimana agaknya mereka membaca dan menyelesaikan latihan dalam skrin bersaiz lima inci ini?

Tidak semua murid ada kelengkapan yang sempurna untuk belajar di rumah.

Tidak semua anak murid juga punya suasana yang baik untuk belajar di rumah.

Memahami dan membantu adalah sokongan yang paling diperlukan pada waktu-waktu begini.

Berikhtiar dengan apa yang ada. Selebihnya kita usaha untuk menambah baik dan bertawakal kepada Allah SWT.

Baca juga Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

Baca juga Apa yang menarik dalam jurusan fesyen dan pakaian

Pesan saya pada anak murid ini, tak mengapa hari ini kita belajar dalam suasana yang agak susah.

Pakai apa yang kita ada. Yang penting kita berusaha sungguh-sungguh mendapatkan ilmu. Jangan manja sangat. Bila susah tak nak belajar. Kita ni lelaki. Usaha itu trademark kita. Kalau kita tak berusaha, bukan lelaki namanya.

Sumber: Facebook Cikgu Asmadi Samad

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok