Guru-guru di Malaysia kongsi kenangan indah bergelar cikgu
Guru-guru di Malaysia kongsi kenangan indah bergelar cikgu

Guru-guru di Malaysia kongsi kenangan indah bergelar cikgu

Roshlawaty Md Raieh
24 Feb 2022 10:57am
A
A
A

Bagi individu yang bergelar guru, pastinya mempunyai pelbagai pengalaman indah sepanjang berkecimpung dalam dunia pendidikan.

Perkhidmatan selama 10 tahun, 30 tahun sehinggalah bersara, akan tetap dikenang walaupun ada antara pengalamannya cukup pahit untuk ditelan.

Sinar Bestari menemui perkongsian yang rata-ratanya adalah barisan guru di Malaysia, menceritakan pengalaman mereka sebagai cikgu menerusi satu grup komuniti di laman Facebook.

Justeru, kami petik sebahagian kenangan untuk dikongsi bersama pembaca.

Kalam Zamri Al Ikhwan: Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Zue Hamid: Dapat sambung belajar. Buat degree di luar negara. Rezeki ALLAH bagi. Sungguh tak di sangka. Saya bukan pandai sangat pun.

Dewi Nathan: Jumpa anak murid perempuan dah jadi engineer JKR dan terus memeluk saya. Happy jumpa guru, mukanya terbakar dek matahari tapi cool saja, berdaya tahan. Bangga sangat. Syukur Alhamdulillah

Norazla Abu Hassan: Perjalanan kerjaya yang kian penghujung tetap ditempuhi sebaiknya. Antara anugerah ALLAH terhebat. Serba serbi dipermudahkan. Alhamdulillah…Legasi kerjaya diteruskan anak sulung

Norma Abdul Rahim: Murid memberi kad Hari Ibu. Ditulis…YOU ARE THE BEST MOTHER IN THE WHOLE WIDE WORLD. Very touching. Saya cikgu dia kut. But I love her so much.

Azian Yaacob: Saat anak murid dapat cemerlang dalam Bahasa Arab di MRSM, keluarganya mesej terima kasih cikgu didik anak saya sehingga dapat keputusan sedemikian. Semoga bermanfaat

Nazirah Adam: Ditugaskan berkhidmat di Felda tahun 1993. Kemudahan bas hanya tiga kali sehari. Pernah tumpang kereta orang sebab tertinggal bas. Elektrik hanya ada tiga jam (malam). Mandi sungai bila tiada air. Anak-anak murid yang sederhana tetapi hormat guru. Komuniti yang menyokong pendidikan. Hidup seperti satu keluarga. Sampai sekarang anak-anak murid masih ingat cikgu. Terima kasih kenangan terindah ini.

Noriyah Abdullah: Bila anak murid berlari turun dari pentas masa buat persembahan Hari Guru dan terus peluk saya, ucapkan terima kasih cikgu. Dari situ terus menguatkan lagi keyakinan saya untuk bergelar guru seumur hidup.

Baca juga 

Sangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika mengajar

“Cikgu tak kaya tapi cikgu akan usahakan cari dana untuk penuhi keinginan anak murid. Mohon doakan ya”

Czar Musa: Sampai di sekolah, murid sambut beg-beg yang dibawa.

Minah Musah: Pernah mewakili sukan bola jaring veteren peringkat negeri Sabah. Penyelaras Program Transisi Terbaik. Penerima Tokoh Guru 2018. Pernah dapat ganjaran Sekolah New Deal. Dapat anugerah Guru Cemerlang. Dapat Gaji Melintang. Dapat sponser dari bekas murid yang bergelar Datuk. Diamanahkan memberi kursus untuk para guru Prasekolah peringkat Negeri Sabah. Zon Beaufort. Telah berjaya berkhidmat sebagai guru mengelilingi peta negeri Sabah. Dapat guru besar yang penyayang dan prihatin dan masih dikenang hingga saat ini.

Wan Atie: Berjaya menghasilkan 18 orang pelajar cemerlang (13A+, 3A, 2A-) daripada 23 pelajar bagi subjek Fizik SPM 2019 melalui usaha keras merancang strategi PdPC dan program-program panitia. Yang pasti, semestinya usaha pelajar-pelajar itu sendiri. Kenangan paling bermakna.

Cik Pajee: Bekerja dengan pengetua seorang bergelar Datin. Sangat smart cara beliau bekerja memimpin anak-anak buahnya. Kami memang banyak kerja. Dengan beliau, saya menerima post Guru Pakar Bahasa Melayu. Alhamdulillah, once a life time achievement. Takkan berulang lagi pengalaman ini.

Syah Yunus: Apabila dipanggil ‘cikgu’ oleh masyarakat.

Rozita Ibrahim: Saya suka mengajar kelas sederhana dan lemah. Anak-anak murid berjaya dapat A untuk subjek BM saya. Hampir satu kelas borong A. Nikmat sebagai guru kelas belakang. I feel it.

Jamsari Hussain: Setelah 24 tahun berkhidmat, buat pertama kalinya dpt APC

Suhaila Samsudin: Anak didik kelas no 2 berjaya dapat 5A UPSR 2013

Roselan Awang: Menyambut kelahiran/menjadi bidan kepada guru wanita rakan sejawat yang menumpang kereta saya saban hari. Guru tersebut melahirkan anak sulungnya dalam kereta saya. Selesai bersalin, saya suruh guru wanita tersebut peluk bayi dia baik-baik dan saya terus membawanya ke hospital berhampiran sejauh 45km. Pada waktu itu saya berusia 24 tahun dan belum kahwin.

Amir Bahar: Dapat anugerah Tokoh Guru Kokurikulum negeri Perak (swasta), melancong ke luar negara bawa budak, menang pelbagai pingat bawa nama sekolah agama swasta.

Liyana Nordin: Penuh kereta dengan hadiah Hari Guru walau menyandang guru disiplin sekolah.

Mohammad Ferdauz Jumain: Pertama kali masuk kelas mengajar Tahun Tiga di SK Taman Desa Jaya JB, 17 tahun dulu.

Adzahar Salleh: Makan kat kedai, tiba nak bayar, bekas anak murid dah bayar. Kita pun dah tak kenal bekas murid tu.

Nadzirah Mat Saad: Seorang murid pemulihan yang memang tahap tegar memperolehi 1C 4E dalam UPSR. dan C tu subjek saya, Matematik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Norul Aini: Kemenjadian murid terhasil dan direalisasikan.

Rasidi Hazman Abdul Hamid: Pelajar kelas akhir bagi hadiah pencil ‘HB’ sebatang sebab orang lain ada hadiah Hari Guru dan dia tak ada bawa hadiah. Sekarang dah jadi pegawai tentera. Kenangan 1991.

Saf Misham: Jadi hakim MTQ peringkat kebangsaan.

Petai Cikgu Petai: Dapat guru besar osem.

Sam Rizal: "Pengucapan umum yang cikgu ajar, saya praktikkan sampai sekarang," kata anak didikku yang kini mempunyai firma guaman sendiri.

Sinasuria Mohd Sikon: Semuanya indah.

Sufrie Lauser: Saat sampai sekolah pada Subuh bening. Rasa damai dan tenang. Indahnya anugerah ALLAH!

Aisah Seydalavi: Terlalu banyak. Alhamdulillah dah 34 tahun.

Julis Jahet: Bertemu jodoh di sekolah yang sama dan kahwin. Sudah 26 tahun bahagia juga.

Zulkeplee Ibrahim: Dipindah sebab dikatakan aktif bersukan, kata pegawai.

Ini hanyalah beberapa pengalaman indah yang dikongsi oleh cikgu-cikgu hebat kita. Mungkin masih ramai lagi yang punya cerita menarik dan mahu disimpan rapi dalam diri.

Walau apapun, Sinar Bestari ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua cikgu kerana telah banyak membantu dan mendidik pelajar sehingga berjaya.

Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok