New Project (16)
New Project (16)

Netizen terharu lihat kesungguhan pelajar OKU penglihatan tekun belajar guna tongkat di TikTok

Mohd Khairi Mohamad Yusri
07 Dec 2021 04:46pm
A
A
A

“Saya tak sabar nak ke sekolah, nak kejar cita-cita nak jadi seorang cikgu.”

Masih terngiang-ngiang di telinga akan jawapan daripada adik Nur Fatin Soffea Sofi, 7, ketika ditemui GPSBestari pada pertengahan Oktober yang lalu.

Ketika itu, riak mukanya saja sudah cukup menggambarkan keterujaan dan rasa semangatnya untuk kembali bersekolah.

Kini, selepas lebih dua bulan sekolah kembali dibuka, susuk tubuh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, Langkawi, Kedah ini menjadi tumpuan netizen apabila sebuah video yang menunjukkan dia sedang belajar menggunakan tongkat tular di Tik Tok.

BACA JUGA: Pelajar OKU penglihatan gembira kembali ke sekolah

BACA JUGA: Pelajar OKU gembira terima tawaran lanjut pengajian di UUM

Dalam video yang telah dimuat naik oleh seorang pekerja kantin di sekolahnya itu, Nur Fatin Soffea dilihat sedang menggunakan tongkat untuk melintasi dua longkang kecil sambil diperhatikan oleh gurunya, Nur Zaheeda Zainal Abidin.

@waniehoney01tunjukkan jalanku agar terang hatiku pimpinlah tanganku, pinjamkan matamu agarku bisa merasa nikmat duniamu #ppki #fyp

♬ Jalanku Masih Panjang - DJ Topeng

Pada awalnya, Nur Fatin Soffea kelihatan teragak-agak dan susah untuk mengagak panjang longkang tersebut, tetapi akhirnya berjaya melintasi kedua-dua longkang kecil berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan terharu di atas semangat Nur Fatin Soffea serta memuji kesungguhan guru-guru pendidikan khas dalam mendidik pelajar-pelajar kelainan upaya (OKU).

BACA JUGA: UTM hasilkan tangan palsu 3D untuk kanak-kanak OKU Yaman

BACA JUGA:Pelajar UPM kumpul dana bantu golongan OKU

“Menitik air mata saya, semoga dipermudahkan urusan adik ini.” - Rusila Yusof.

"Saya salute sangat guru-guru Sekolah Pendidikan Khas. Tidak mudah untuk didik anak-anak istimewa. Usaha yang sangat luar biasa, sabar tiada kompromi.” - Senorita COWAY.

“Allahuakbar, semoga kak dilimpahi kesihatan yang baik dan semoga adik ini dipermudahkan segala urusan.” - Kaknora03.

“Jangan putus asa dik, kuatkan diri. Adik antara orang yang mula-mula melihat syurga.” - ZiziSupriseRunner.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan agar pihak sekolah di seluruh Malaysia membina kemudahan bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar OKU ketika di sekolah.

"Sekolah kena pasang drain trap bagi kelas pelajar disability atau kemudahan pelajar OKU. Ikut laluan boleh dibuat untuk mereka.” - Giantactive.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok