Video Cikgu belanja ais kepal, belikan jam untuk murid miskin
Video Cikgu belanja ais kepal, belikan jam untuk murid miskin

(VIDEO) Cikgu belanja ais kepal, belikan jam untuk murid miskin

Rasyidah Zulkifi
24 Mar 2022 06:15pm
A
A
A

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang guru wanita belanja ais kepal dan belikan jam tangan untuk anak muridnya.

Hantaran yang berdurasi empat minit itu berjaya meraih 186,200 tontonan dengan 17,500 tanda suka.

Difahamkan murid perempuan itu daripada keluarga miskin iaitu setiap hari cuma mampu makan nasi putih berlaukkan pucuk paku.

Baca juga

(VIDEO) Hasrat arwah hadiri konvokesyen tidak kesampaian, adik mangsa nahas motosikal pujuk ibu bapa jadi wakil

(VIDEO) Tanda hargai jasa, pelajar lawat ‘rumah baharu’ cikgu

Berbekalkan rasa simpati, guru itu memenuhi hasrat anak muridnya itu untuk makan ais kepal di depan pusat beli belah bersama rakan-rakan sekolah yang lain.

“Nah, awak punya ais kepal buah.

“Pemanis mulut inilah yang nak,” tanya guru wanita tersebut inginkan kepastian, lalu, murid sekolah rendah terbabit mengangguk.

“Makan kenyang-kenyang,” sambung guru berkenaan.

Murid perempuan itu pun makan dengan penuh nikmat sambil tersenyum, sementara, guru 40-an itu dalam nada sebak bertanya, “Sedap ke?.

Murid itu sekadar mengangguk tanda setuju dan serta-merta guru wanita itu menangis kerana tidak dapat menahan sedih.

Apabila dia menyedari guru tersebut menangis, murid sekolah rendah itu bertanya, “Kenapa cikgu sedih?.

Cikgu itu menjawab, “Sedihlah tengok awak makan.

“Awak nak makan kan?.

“Cikgu bagi, makanlah,” sambil mengesat air matanya dengan tudung bawal yang dipakai.

Semasa tengah enak menjamu selera, tiba-tiba selipar murid perempuan itu putus, lalu, pembantu guru itu memberitahu akan membelikannya selipar baru.

Selepas itu, murid berkenaan bertanya, “Ini bangunan apa?.

Cikgu itu menjawab, “Ini pusat beli belah kecil.

“Awak tak biasa datang sini ke?,” murid itu pun menggeleng tanda tidak pernah.

Selepas bersembang, murid berkenaan sudah kekenyangan, sementara, saki-baki ais kepal itu dia simpan untuk diberikan kepada ibunya di rumah.

Kemudian, mereka masuk ke dalam pusat beli belah dan singgah di kedai jam.

https://www.tiktok.com/@cikpuangojes/video/7068457318597414170?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7077412182660695554

Murid itu berkata, “Cikgu nak jam.

Guru wanita berkenaan pun memenuhi keinginannya. “Boleh.

“Awak nak yang mana?,” tanya guru itu.

“Saya nak yang warna merah jambu,” jawab murid perempuan itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Video tersebut berjaya meraih 1,124 komen daripada warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib murid perempuan berkenaan dan memuji guru wanita itu. Antara komen termasuk;

@AA'Arra:Kami yang tengok ini pun turut sedih. Alhamdulillah, dapat juga mereka makan. Terima kasih, cikgu.

@Mr.Sammy:Cikgu, adik-adik ini duduk di mana? Kalau saya balik nanti nak kongsi rezeki dengan mereka. Saya dapat rasa apa yang mereka rasa sebab sudah melaluinya sejak lahir selama 16 tahun.

@zana :Alhamdulillah, seronok dia dapat makan ais kepal. Semoga cikgu dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok