Video Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas tiktok guru pujuk bangun terhibur lihat gelagat
Video Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas tiktok guru pujuk bangun terhibur lihat gelagat

(VIDEO) Ragam murid tumpahkan air baring atas lantai

Rasyidah Zulkifi
14 Apr 2022 12:23pm
A
A
A

Setiap murid pasti mempunyai ragam yang tersendiri terutama bagi mereka yang baru masuk Tahun Satu dan gelagat ini tidak dapat dibendung kerana kebanyakan mereka masih kebudak-budakan lagi.

Begitulah yang dihadapi oleh guru di TikTok dengan nama pengguna @bellahadad yang terhibur melayan ragam murid di kelasnya.

Menerusi rakaman berdurasi 28 saat itu guru wanita berkenaan menyedari salah seorang murid lelaki tiada di tempat duduknya.

Kemudian, beliau melalui satu ruangan di bilik darjah dan mendapati murid yang dicarinya itu terbaring di atas lantai.

Rupa-rupanya, si cilik itu berbuat demikian kerana secara tidak sengaja telah menumpahkan air.

https://www.tiktok.com/@baldimerah7/video/7077921448995622171?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080749551493187074

Guru wanita berkenaan pun bertindak memujuk murid lelaki berkenaan supaya bangun dari lantai bilik darjah itu.

“Cikgu tak marah air awak tumpah.

“Jom bangun, ya ALLAH kotorlah..

“Cikgu dukung ya,” katanya.

Setelah dipujuk beberapa kali, barulah murid itu akur mendengar arahan @bellahadad dan segera bangun.

Video tersebut berjaya meraih 593,400 tontonan dengan 20,600 tanda suka daripada warganet.

Pengguna akaun @elynn7940 memuji tindakan @bellahadad yang berjiwa kental berdepan dengan gelagat murid Tahun Satu.

@ijanburgerjangijan menyokong kesabaran guru wanita berkenaan yang mampu mengawal kerenah semua murid.

Artikel berkaitan 

Panduan buat guru tadika, tip bagi anak murid suka datang sekolah tanpa ragam

Tak sangka rangkul Anugerah Pelajaran Diraja, Wee Tyg dedikasi kejayaan kepada keluarga

Graduan UiTM terima Anugerah Khas, keluarga dan pensyarah pembakar semangat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok