stem-t4l--PnSpCHYKsw-unsplash
stem-t4l--PnSpCHYKsw-unsplash

Kemahiran pengekodan bakal menjadi aset berharga bagi masa depan kanak-kanak

Adlan Farhan Azwan
10 Dec 2021 11:53am
A
A
A

Hari ini, banyak perkara dapat diselesaikan dengan pengekodan seperti membalas mesej di Instagram, pesan makanan secara dalam talian sambil duduk di atas sofa mahupun menonton siri kegemaran di peranti masing-masing.

Kanak-kanak sekarang sudah mahir menggunakan peranti elektronik seperti tablet, telefon pintar dan komputer riba petah berkata-kata.

Walaubagaimanapun, kesemua kanak-kanak ini tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana teknologi berfungsi.

Pengekodan atau pengaturcaraan komputer ialah bahasa yang digunakan untuk memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Walaupun komputer boleh menjalankan segala tugasan yang diarahkan, sistem perkomputeran memerlukan arahan dan di sinilah pengekodan memainkan peranan.

Kepentingan Pengekodan

Hampir kesemua kerjaya yang ada pada masa sekarang memerlukan literasi komputer, apatah lagi pada masa hadapan yang perlu seiring dengan perkembangan teknologi.

Contohnya, kerjaya STEM. Ia adalah singkatan untuk kerjaya yang mendorong kemajuan teknologi dan manusia. Secara harfiah, STEM bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Ini adalah aspek teras kemajuan teknologi yang sangat menyumbang kepada bentuk dunia ini.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=fH5iLx_jCUk[/embed]

Kebiasaannya, kerjaya STEM adalah antara kerjaya yang berpendapatan tinggi. Namun, kekosongan jawatan masih banyak disebabkan kekurangan graduan yang dipenuhi dengan skil dan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah syarikat.

Peluang yang cerah menanti mereka jika mereka betul-betul berminat dalam dunia pengekodan.

Akan tetapi, jika anak-anak anda tidak mempunyai sebarang minat terhadap pengekodan, ia masih penting kerana pengekodan telah pun digunapakai secara meluas di hampir semua bidang pekerjaan.

Ribuan syarikat telah bergantung kepada sistem perkomputeran untuk melaksanakan operasi bagi mereka dan bukan sahaja analisis data yang digunakan.

Pengekodan adalah tulang belakang kepada industri kewangan, kesihatan, makanan, pelajaran dan khidmat pelanggan.

Jadi, jika anak anda ingin menjadi seorang doktor, amat penting baginya untuk memahami bagaimana kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) berfungsi kerana ia membantu dalam proses menganalisis data pesakit.

Selain mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi, pengekodan juga menawarkan kelebihan peribadi seperti:

1. Membantu perkembangan skil kognitif

2. Meningkatkan daya ingatan dan kuasa otak

3. Membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah

BACA JUGA: UTM hasilkan tangan palsu 3D untuk kanak-kanak OKU Yaman

BACA JUGA: Microsoft Innovative Teachers, mantapkan lagi proses PdPR

Secara asasnya, pengekodan melibatkan permasalahan besar yang kemudiannya dipecah menjadi permasalah yang lebih kecil dan mudah. Jika mereka sudah biasa dengan keadaan ini, mereka boleh mengambil pendekatan yang sama untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Bagaimana untuk menarik minat kanak-kanak untuk memasuki ke alam pengekodan?

Pertama sekali, ketahui apa yang mereka ingin cipta. Contohnya, permainan video, robot mahupun cerita berinteraktif dan amat penting untuk mengikuti perkembangan mereka walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak masuk akal.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Kreativiti adalah aset utama kanak-kanak dalam dunia pengekodan. Program yang boleh menarik minat kana-kanak perlulah mempunyai elemen kreatif serta menyeronokkan.

Tynker merupakan salah satu aplikasi di mana kanak-kanak boleh mencipta permainan video dan program. Idea di sebalik aplikasi ini ialah menjadikan pengekodan sebagai sebuah permainan video.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=G3R8bJcKBZI&t=19s[/embed]

Kanak-kanak boleh membuat pengekodan secara mudah tanpa perlu taip kod-kod sumber. Mereka hanya perlu memilih kotak yang mempunyai kod sedia ada dan mencamtumkannya dengan kod lain.

Mempelajari skil pengekodan telah menjadi satu kewajipan terutama untuk generasi muda. Individu seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg selalu menekankan kepentingan ini.

Jadi, semakin cerah mengapa kanak-kanak perlu menceburi bidang pengekodan dan menyiapkan mereka untuk teknologi masa akan datang.

Sumber: DW Shift

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok