pexels-ahmed-akacha-10352345
pexels-ahmed-akacha-10352345

Murid sekolah jadi sasaran penculik, ibu bapa boleh ikuti 10 tip ini elak anak jadi mangsa

Adlan Farhan Azwan
26 Sep 2022 05:28pm
A
A
A

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Merekalah orang yang dipercayai untuk melindungi anak masing-masing daripada kejadian yang tidak diingini.

Sejak kebelakangan ini, kerisauan ibu bapa semakin memuncak apabila akhbar-akhbar melaporkan kes penculikan yang dilihat meningkat sejak akhir-akhir ini.

Baru-baru ini, tular sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkaitan risiko penculikan dalam kalangan murid-murid sekolah.

Surat tersebut dikeluarkan susulan kes penculikan yang dilihat banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebagai langkah pencegahan, ibu bapa memainkan peranan besar dalam memastikan keberadaan anak-anak sentiasa diawasi yang dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penculikan.

Sehubungan itu, Sinar Bestari akan kongsikan kepada anda semua terutamanya ibu bapa dan penjaga 10 tip yang boleh diamalkan untuk elak anak menjadi sasaran penculik.

Jom ikuti perkongsian ini.

1. Sentiasa mengawasi anak-anak anda. Jangan biarkan mereka hilang daripada pandangan walaupun seketika.

2. Apabila berada di luar, pastikan anak memakai pakaian yang mempunyai warna terang dan jelas.

Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels (Ahmed akacha) https://www.pexels.com/photo/girl-carrying-a-backpack-10352345/

3. Berhati-hati semasa memuat naik foto kanak-kanak di media sosial. Elak menyertakan maklumat peribadi atau lokasi semasa.

4. Kanak-kanak cenderung untuk berlari berkeliaran terutamanya di kawasan yang lapang seperti lapangan terbang, taman hiburan dan pusat membeli-belah. Tetapkan peraturan di mana mereka perlu memegang tangan anda jika berada di tempat-tempat ini.

Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels (Emma Bauso) https://www.pexels.com/photo/family-of-four-walking-at-the-street-2253879/

5. Sentiasa ambil maklum tentang lokasi terkini anak.

6. Peka tingkah laku anak yang ganjil dan bertanyakan kepada mereka jika terdapat sesuatu perkara yang berlaku.

Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels (Kindel Media) https://www.pexels.com/photo/woman-in-blue-shirt-talking-to-a-young-man-in-white-shirt-8550841/

7. Elakkan meminta bantuan orang yang tidak dikenali untuk mengawasi anak anda walaupun untuk seketika.

8. Berhati-hati dalam memberi kebenaran kepada anak untuk keluar bersendirian.

9. Pastikan gambar anak sentiasa dikemaskini.

10. Simpan rekod pergigian dan perubatan untuk tujuan pengecaman.

Sumber: theAsianparent

Artikel berkaitan

Pensyarah bina aplikasi ‘Track Me’ pantau pergerakan kanak-kanak, jaga keselamatan aset

Transformasi zon sekolah, usaha ke arah meningkatkan kebolehlihatan pejalan kaki dan keselamatan jalan raya

Kuasai 6 teknik taekwondo untuk pertahankan diri


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok