192990268_1754416891426708_9211711210994989864_n
192990268_1754416891426708_9211711210994989864_n

Refleksi PdPR, ini yang dikongsi Guru Cemerlang SK Seri Puteri

Roshlawaty Md Raieh
04 Oct 2021 09:45pm
A
A
A

Beberapa buah negeri yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah pun menerima kehadiran pelajar ke sekolah masing-masing mulai pada 3 Oktober.

Bagi pelajar yang tidak ke sekolah, mereka masih meneruskan pembelajaran secara dalam talian menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang telah ditetapkan.

Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, Ustazah Aminah Mat Yusoff berkata, sepanjang PdPR, pelbagai pengalaman telah dilaluinya.

“Pengalaman setiap orang guru tidak sama. Macam saya sendiri, apa yang dikongsi ini adalah berdasarkan apa yang telah saya lalui.

“Benar, PdPR bukan mudah. Walau apa pun, saya yakin semua guru sudah membuat yang terbaik untuk anak-anak didiknya,” kata Ustazah Aminah.

Mari ikuti perkongsian beliau dalam hantaran menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Baca juga 5 tip buat mereka yang bakal bergelar guru, mohon praktik untuk tempoh sebulan dahulu

Baca juga Tidak tahu cara buat pemasa di Google Form? Ikuti langkah yang dikongsikan ini

*****

Refleksi PdPR

1) Mencari kesempurnaan dalam PdPR agak sukar. Ada sahaja kekangan dan halangan yang terpaksa kita lalui. Satu sahaja prinsip yang saya pegang, kena berani mencuba, kemudian setiap proses yang kita lalui mesti ada refleksi.

2) Kaedah PdPR

Pengalaman yang kita lalui adalah proses belajar dan mencari ilmu

a) Pengalaman PdPR pertama saya buat video pengajaran dan hantar ke group kelas kemudian disusuli dengan lembaran kerja.

b) Pengalaman PdPR kedua, saya sediakan bahan kemudian bekalkan kepada murid disusuli dengan video pengajaran. Kaedah ini pun lebih kurang sama sambutan dan kesannya pada murid seperti kaedah pertama.

c) PdPR ketiga, saya pecahkan kepada dua bahagian iaitu Online dan Offline. Online, murid sertai Google Meet dan Offline siapkan modul.

PdPR ketiga ini yang membuatkan saya bersemangat untuk mengajar. ALLAH jadikan cikgu hendak juga nampak murid, hendak berkomunikasi dan uji mereka secara dua hala. Bila dapat dengar suara dan lihat muka murid barulah terasa proses pengajaran berpijak di bumi yang nyata.

Jumlah murid yang masuk kelas memang tak ramai, kadang tu 1/3 sahaja tapi sudah cukup berbaloi dan syukur sangat.

Satu sahaja kena pesan pada diri, jangan terlalu memikirkan tentang perkara yang berada di luar kawalan sehingga terbengkalai segala niat dan usaha. Buat apa yang terjangkau dengan kudrat dan kemampuan kita.

Wujudkan komunikasi dengan ibu bapa agar kita maklum situasi murid.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Biasanya murid yang tidak dapat sertai kelas kerana ibu ayah mereka bekerja, talian internet perlahan dan berkongsi gajet bersama adik beradik yang lain. Kita boleh bekalkan video pengajaran dari Google Meet tadi. Selesai.

Kaedah 1, 2 dan 3 jadikan ia sebagai plan A, B dan C. Semuanya sesuai digunakan mengikut situasi yang kita hadapi.

3) Semak kerja murid

Penting bina grup telegram. Proses menanda sangat mudah apabila murid menghantar tugasan mereka di telegram kerana kita tidak menyimpan gambar dalam telefon, wujud perbincangan dan ibu bapa turut beri maklum balas secara spontan. Segala bukti ini kekal selamat bila diperlukan nanti.

4) Teruskan belajar

Masih terlalu banyak yang kita perlu hadam dan pelajari. Teruskan jangan berhenti. ‘Kayuh’ perlahan-lahan lebih baik daripada berhenti kerana yang terus mengayuh akan sampai ke destinasi, tapi yang berhenti akan terus hilang arah dan tujuan.

Petua kesabaran ialah hormati setiap pandangan yang kita terima.

Lakukan refleksi kendiri hasil daripada pengalaman yang telah kita lalui.

Reda dengan ketentuan ALLAH dan cuba berdamai dengan kesulitan yang kita hadapi.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok