Bazar Ramadan UTeM meriah, beri peluang pelajar jana pendapatan sampingan
Bazar Ramadan UTeM meriah, beri peluang pelajar jana pendapatan sampingan

Bazar Ramadan UTeM meriah, beri peluang pelajar jana pendapatan sampingan

webadmin
22 Apr 2022 10:31am
A
A
A

Bazar Ramadan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang terletak berhampiran Masjid Sayyidina Abu Bakar kembali memeriahkan suasana Kampus Induk UTeM selepas dua tahun menyepi ekoran penularan pandemik Covid-19.

Kali ini dianggarkan sebanyak 35 buah khemah jualan menawarkan pelbagai menu juadah berbuka puasa, bersahur dan tentunya ia telah menggamit ramai pengunjung yang terdiri daripada golongan pelajar, kakitangan UTeM dan orang ramai untuk berkunjung ke sana.

Bazar yang mula beroperasi sejak 1 Ramadan lalu dibuka setiap hari termasuk hujung minggu, bermula pada pukul 3 petang hingga 8 malam.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, Bazar Ramadan UTeM merupakan antara elemen menarik yang turut menghidupkan lagi suasana kemeriahan dalam kampus pada Ramadan kali ini dan ia seakan-akan menyamai suasana berpuasa dalam kalangan pelajar bersama keluarga.

Kata beliau, dengan adanya Bazar Ramadan tersebut, maka sudah tentu dapat memberikan kemudahan, menjimatkan masa dan menjadi pilihan buat warga kampus untuk membeli juadah berbuka puasa di sini.

Baca juga 

Imarah bulan Ramadan, UTM anjur Program 50 Qari 50 Jam

Pusat Perhubungan Alumni UPM anjur Program Tautan Mahabbah 2022, cakna dengan nasib anak yatim dan asnaf

Beliau berkata demikian ketika sesi tinjauan ke Bazar Ramadan UTeM bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif baru-baru ini.

Turut serta sewaktu kunjungan tersebut adalah Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), Datin Wira Ts Nurazlina Md Sanusi.

Massila menyerahkan lesen perniagaan kepada salah seorang peniaga di Bazar Ramadan UTeM.

Sambung Massila lagi, penganjuran Bazar Ramadan UTeM adalah inisiatif Badan Kebajikan Staf UTeM (BAKUTeM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Penganjurannya merupakan langkah proaktif sempena bulan Ramadan tahun ini tambahan pula kita telah memasuki fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April lalu,” katanya.

Sementara itu, Sabri berkata, banyak impak dan keunikan yang dapat dilihat menerusi kewujudan Bazar Ramadan UTeM tersebut.

“Antaranya adalah penyemarakan persekitaran keusahawan dalam kalangan pelajar UTeM sendiri kerana peniaga bazar turut menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar sebagai pekerja sambilan.

“Dengan peluang yang diberikan, sekurang-kurangnya mahasiswa dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan mereka di samping menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.

Kira-kira 35 buah khemah jualan menawarkan pelbagai menu juadah berbuka puasa dan bersahur untuk semua pengunjung.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok