"SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah" - Dr Shukri
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah pun diumumkan 16 Jun lalu.
Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, Sinar Bestari ucapkan tahniah dan semoga terus berjaya di masa akan datang.
Bagi yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan, jangan cepat putus asa. Perjalanan anda masih lagi panjang.
Mantan Profesor Madya dan Timbalan Dekan Universiti Sains Malaysia, Dr Shukri Abdullah berkongsi mengenai keputusan SPM dirinya satu ketika dahulu.
Perkongsian yang dimuatnaik di Facebook baru-baru ini dilihat sebagai satu suntikan semangat yang cukup hebat.
“SPM saya 1969…hanya 1A. Yes betul,” kata penceramah motivasi terkenal ini.
Mari ikuti perjalanan pendidikan Dr Shukri yang penuh liku dan wajar dijadikan contoh oleh semua pelajar dalam merangkul sebuah kejayaan yang cemerlang.
Ini ceritanya.
*****
Yang skor tahniah. Yang tidak, bangkit.
Ini cerita saya. SPM saya hampas!!
Ya tahniah, tahniah, tahniah
Saya ucapkan pada anda, ibu bapa dan guru anda atas kejayaan dalam SPM 2021. Continue to work hard for your future.
Yang lain, yang kurang menyerlah
Yang berusaha tapi kurang berhasil
Yang bersungguh-sungguh tetapi kurang menjadi
Dengar sini.
One great advice from me
Never ever give up on your dream
Let me tell you briefly my own story.
SPM saya 1969…hanya 1A
Yes betul
Tau subjek apa? Sejarah
STPM saya 1971 prinsipal B, D, E, E
Tau B subjek apa…Lukisan
Apply kali pertama masuk UM…Gagal
Dapat kerja wartawan Utusan Melayu
Next intake, apply kali kedua USM…Berjaya
Terkejut. Tak menyangka!!!
Entry universiti amat lemah
Keluar universiti tiga tahun kemudian, terbaik
Dapat award best student konvo USM 1976
Top Student dan Student Leader
Saya Presiden Persatuan Mahasiswa Islam USM
Saya dipilih bagi ucapan veledictorian masa konvo.
Apa tu ucapan veledictorian ?
Salah seorang graduan penerima ijazah diberi peluang wakili semua graduan bagi ucapan di majlis konvo
Sat sat
Tu budak 1A SPM, tapi top student kat universiti.
Dapat peluang kemudian buat Master di UK
Kemudian buat PhD juga di UK
Last jadi lecturer universiti.
Maaf ini bukan kisah angkat bakul.
Ini cerita semata-mata nak bagi tahu pada anda yang kecewa dengan keputusan SPM, jika pada sesuatu tahap atau peringkat dalam kehidupan kita prestasi diri jatuh.
Ia jatuh. Tu saja.
Janji bersedia untuk terus berusaha.
Yang jatuh boleh bangkit semula.
Jadi bangkit semula.
Umur anda sekarang umum lingkungan 18-19 tahun.
Many many many years ahead a chance to redeem yourself.
Kadang-kadang ia sekadar ujian kecil dari ALLAH.
Tarikh nafas dalam,
Pohon kekuatan dari ALLAH.
Pohon reda ibu bapa.
Teruskan perjuanganmu
Teruskan perjuanganmu.
Teruskan perjuanganmu.
Allahu Akbar.
Sumber: Facebook DrShukri Abdullah
Artikel berkaitan
Bijak urus masa antara tip pelajar cemerlang Kolej Genius Insan SPM 2021
“Kami bukan guru yang berprestasi lemah” – Cikgu Norazri