IMG_2908
IMG_2908

Tiga beradik lakar kejayaan mewakili Malaysia untuk Pertandingan Eurasian Spelling Bee di Poland

Adlan Farhan Azwan
10 Nov 2022 09:14am
A
A
A

Tiga adik beradik, Muhammad Alif Naim, 8; Muhammad Haidar Syahmi, 10, dan Nur Zahra Irdina Mohd Hafez, 12, mengharumkan nama negara apabila melakar kejayaan di peringkat dunia dalam pertandingan Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition 2022, baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang diadakan di Gdańsk, Poland, telah berlangsung selama empat hari bermula 3 November lalu dan ia merupakan pertandingan menguji kecekapan ejaan dan penggunaan perkataan bahasa Inggeris pelajar dari negara-negara Asia dan Eropah seperti Thailand, Uzbekistan dan Singapura.

Barisan para peserta dari pelbagai negara yang menyertai Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition 2022, baru-baru ini.

Pertandingan ini yang merupakan acara tahunan turut disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan tahun ini merupakan penganjurannya buat kali ketiga.

Ketiga-tiga adik-beradik tersebut yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (2), Putrajaya, telah membuktikan kemampuan masing-masing apabila Muhammad Haidar dinobatkan sebagai juara Oscar Bee Award 2022 untuk kategori Bee 3 manakala Muhammad Alif pula mendapat tempat kedua untuk kategori Bee 2.

Tidak ketinggalan Nur Zahra yang turut tersenarai lima peserta terbaik dalam kategori Bee 5.

Menurut Haidar, mereka tiga beradik sedar mewakili negara merupakan tanggungjawab besar dan bersyukur kerana berpeluang membawa nama Malaysia dan SK Putrajaya Presint 11(2) di mata dunia.

Haidar mempamerkan trofi, pingat serta sijil selepas dinobatkan juara Oscar Bee Award 2022.

Jelasnya, bagi tidak mensia-siakan peluang yang diberikan ini, banyak persiapan yang dilakukan sebelum berangkat ke Poland.

“Apa yang kami lakukan ialah memperbanyakkan membaca buku-buku bahasa Inggeris dan menyenaraikan setiap perkataan baharu yang ditemui.

“Kami juga akan merujuk kamus untuk mengetahui maksud serta sebutan yang tepat untuk perkataan tersebut.

“Pada masa yang sama, kami juga akan melakukan simulasi supaya dapat menyesuaikan diri dengan format pertandingan,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Artikel berkaitan

16 pelajar SSP ke Amerika Syarikat! Doakan mereka cemerlang dalam Tournament of Champions, WSC

Gagal meneruskan pengajian ke luar negara, penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP kini berkhidmat di Jerman

Mimpi jadi realiti, Nur Diyanah luah rasa terharu berpeluang ikut program pertukaran pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok