16 pelajar SSP ke Amerika Syarikat! Doakan mereka cemerlang dalam Tournament of Champions, WSC
16 pelajar SSP ke Amerika Syarikat! Doakan mereka cemerlang dalam Tournament of Champions, WSC

16 pelajar SSP ke Amerika Syarikat! Doakan mereka cemerlang dalam Tournament of Champions, WSC

Roshlawaty Md Raieh
09 Nov 2022 02:58pm
A
A
A

Hari ini, 9 November 2022 menjadi detik indah buat rombongan Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya, Selangor, apabila mereka bertolak ke Universiti Yale, Amerika Syarikat bagi menyertai pertandingan Tournament of Champions, World Scholar’s Cup (WSC).

Rombongan yang terdiri daripada 16 pelajar (Tingkatan Satu hingga Tiga), dua guru pengiring dan lima wakil ibu bapa itu membawa satu misi iaitu mahu membawa pulang pelbagai kejayaan sekali gus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SSP, Datuk Wan Jamaludin Wan Abdul Malik telah menghubungi wartawan Sinar Bestari bagi berkongsi cerita berkenaan.

Menurut beliau, segala urusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi berjalan lancar.

Masing-masing kelihatan teruja untuk ke sana dan bertekad akan membawa pulang kejayaan berganda buat negara.

“Mohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar pasukan SSP dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Amerika Syarikat,” ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Gambar bawah - Pengetua SSP, Cikgu Noridah Ramlan (empat dari kanan) bersama barisan pentadbir sekolah turut hadir ke KLIA bagi mengiringi para peserta sebelum mereka bertolak ke Amerika Syarikat.

Tournament of Champions, WSC yang akan berlangsung pada 11 hingga 16 November ini merupakan pertandingan yang mempertandingkan empat kategori iaitu Debate, Collaborative Writing, Scholar’s Bowl dan Scholar’s Challenge.

Selain pertandingan tersebut, para peserta turut diuji dengan pelbagai soalan merangkumi enam bidang iaitu Science and Technology, Art and Music, Literature and Media, Social Studies, Mistakes from the Past dan History.

Sebelum itu, pelajar SSP ini pernah meraih 64 pingat emas, 61 pingat perak dan empat trofi di WSC, Pulau Pinang.

Mereka juga pernah menerima 36 pingat emas, 63 pingat perak dan empat trofi di WSC, Bangkok.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Sanggar Bahasa, SSP, Profesor Madya Dr Adelina Asmawi berkata, para pelajar telah menunjukkan kesungguhan menjalani latihan sebelum pertandingan bermula.

“Mereka berlatih setiap hari dan menelaah topik-topik yang merangkumi pelbagai bidang.

“Malah mereka juga membantu sekolah dengan menjual piza dan minuman demi mencari dana untuk ke Amerika Syarikat.

“Semangat, kesungguhan dan komitmen mereka ini sangat luar biasa. Semoga anda semua akan berjaya, insya-ALLAH,” ujar Adelina yang juga pensyarah kanan di Universiti Malaya.

Kami di Sinar Bestari dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada rombongan SSP di Amerika Syarikat.

Semoga kalian berjaya merangkul pelbagai pingat di sepanjang pertandingan Tournament of Champions nanti.

Good luck!

Artikel berkaitan 

Pelajar KV Keningau cemerlang di peringkat antarabangsa, dinobatkan juara pertandingan menulis haiku

Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok