sud 1
sud 1

Pendidik boleh galakan ‘game’ ni. Cara main sudoku untuk murid sekolah

Rasyidah Zulkifi
01 Feb 2022 11:00am
A
A
A

Permainan sudoku sangat menyeronokkan dan mengisi masa yang terluang.

Bukan sahaja bermanfaat, malah rata-rata guru panitia subjek Sains dan Matematik menjadikan permainan ini sebagai aktiviti untuk murid-murid di sekolah.

Sudoku boleh dimainkan secara santai ataupun dalam bentuk perlawanan, siapa yang paling pantas dapat menyelesaikan permainan ini dalam masa singkat maka dialah yang akan menang.

Kebiasaannya, permainan ini akan diadakan dalam beberapa pusingan dan dalam setiap pusingan itu akan ada murid yang tersingkir.

Untuk entri kali ini, Sinar Bestari ingin mengajar murid-murid bagaimana ingin bermain sudoku;

Peraturan pertama - gunakan nombor 1 hingga 9

Permainan sudoku ini hanya melibatkan sembilan angka ini sahaja dan ia dimainkan pada grid 9 x 9.

Sudoku terdiri daripada 3 lajur dan 3 baris dan menjadikannya 9 petak.

Setiap satu petak lajur dan baris perlu diisi dengan nombor 1 hingga 9 dan murid-murid tidak boleh mengulangi nombor dalam lajur, baris dan petak.

Jika murid-murid rasa susah, boleh rujuk gambar di bawah. Boleh lihat, semakin banyak ruang yang diisi nombor, permainan akan menjadi lebih mudah. Teka-teki sudoku menjadi susah kalau sedikit saja ruang diisi angka 1 hingga 9.

Peraturan kedua - jangan ulang sebarang nombor

Murid-murid boleh rujuk dalam gambar yang dalam bulatan biru, petak ini sudah diisi dengan angka 1,2,3,4,7,8,9.

Petak yang berada dalam bulatan biru.

Nombor yang belum diisi dalam petak adalah 5 dan 6. Jadi isi petak kosong dalam bulatan tersebut dengan nombor yang tidak berulang.

Kemudian, kalau sudah habis petak yang pertama boleh teruskan teka-teki ke petak lajur dan baris yang masih banyak kosong.

Peraturan ketiga- jangan teka

Sudoku ialah permainan yang melibatkan penaakulan matematik dan berkait dengan logik akal, jadi murid-murid tidak perlu meneka.

Kalau murid-murid tak dapat meneka, terus mengimbas ke petak lajur dan baris lain sehingga mendapat jawapan untuk petak kosong tersebut.

Permainan ini memerlukan kesabaran tinggi jadi murid-murid jangan memaksa diri untuk mengisi jawapan dalam petak kosong.

Peraturan ketiga- proses singkiran

Rujuk gambar di bawah dan murid-murid boleh lihat angka 1, 5 dan 6.

Proses singkiran permainan Sudoku.

Satu kaedah untuk memasukkan nombor yang betul dalam petak lajur dan baris adalah melalui proses penyingkiran.

Dalam kes ini, murid-murid boleh melihat dengan cepat bahawa sudah ada nombor 1 di petak kiri atas dan kiri tengah grid (dengan nombor 1 dibulatkan dengan warna merah).

Ini bermakna terdapat hanya satu ruang yang tinggal di lajur paling kiri di mana 1 mungkin boleh pergi - dilingkari dengan warna hijau.

Beginilah cara proses penyingkiran berfungsi dalam Sudoku, di mana murid-murid boleh membuat kesimpulan berdasarkan nombor mana yang ada dan nombor mana yang tiada.

Secara relatifnya, teka-teki sudoku tidaklah rumit kerana asas permainan ini hanyalah menggunakan angka 1 hingga 9 sahaja.

Permainan ini juga mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik.

Sinar Bestari berharap perkongsian ini boleh membantu pendidik untuk menjadikan sudoku sebagai idea permainan untuk murid-murid di sekolah.

Sumber: Sudoku.com

Artikel berkaitan 

Nak pandai kosa kata? Jom main Sahibba

Jom uji minda dengan 5 teka teki ini

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok