WhatsApp Video 2022-02-23 at 1.56.22 PM
WhatsApp Video 2022-02-23 at 1.56.22 PM

(VIDEO) Guru bantu murid susah, hadiahkan barangan elektrik dapat perhatian warganet

Rasyidah Zulkifi
23 Feb 2022 02:35pm
A
A
A

Tular video seorang guru sekolah rendah membeli mesin basuh, peti ais dan kipas angin untuk dihadiahkan kepada anak muridnya yang susah.

Perkongsian di TikTok berdurasi 3 minit 59 saat itu berjaya meraih sejuta tontonan dengan 88,400 tanda suka.

Melalui video tersebut difahamkan, murid berkenaan mempunyai kembar dan datang daripada keluarga serba kekurangan.

Baca juga

Berita baik buat pelajar asnaf WP, boleh mohon bantuan MAIWP sekarang

Tebus bantuan persekolahan MAIWP dengan aplikasi Boost bermula 28 Februari

Pada mulanya, guru wanita berkenaan sekadar bertanya, “Rumah awak ada peti ais tak?”, murid itu menjawab tiada.

Kemudian, murid itu ditanya tentang mesin basuh, dia masih memberikan jawapan yang sama dengan menjawab tiada.

[video width="480" height="848" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Video-2022-02-23-at-1.56.22-PM.mp4"][/video]

“Habis itu, basuh macam mana?”, murid itu menjawab, “Pakai tangan.

Guru wanita berkenaan menyambung, “Pakai tangan, lepas itu makanan tak boleh letak peti ais lah”, lalu, murid tersebut mengangguk.

Difahamkan sebelum ini, guru itu ada membuat perkongsian tentang rumah murid berkenaan.

Hasilnya, terdapat dua insan berhati mulia ingin menghulurkan bantuan melalui guru wanita itu.

Lalu guru wanita itu telah membeli barangan elektrik melalui amanah yang diberikan.

Ketika sampai di rumah murid lelaki kembar itu, guru tersebut sempat berbual dengan ibu mereka.

Beliau memaklumkan perkakasan elektrik yang dibelinya untuk keluarga kembar berkenaan melalui sedekah daripada dua individu berbeza yang dirahsiakan namanya.

“Mereka bagi peti ais, mesin basuh dan kipas.

“Daripada orang Alor Setar, lagi seorang saya tak ingat orang mana,” katanya.

Lalu, ibu murid lelaki kembar itu menyifatkan keluarga mereka bertuah mendapat pemberian sedemikian rupa.

“Terima kasih kepada yang memberi.

“Ringan sangat kerja rumah, boleh basuh kain dengan mesin, boleh simpan barang,” katanya.

Pada akhir video itu, kembar lelaki tersebut dilihat gembira membelek-belek hadiah barangan elektrik yang diberikan kepada keluarganya.

Demikian, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib keluarga murid terbabit dan turut memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@AINI MASAK GILA GILA:Mula-mula saya menangis tengok video, terima kasih kepada yang ringankan beban keluarga ni, saya dapat rasa perasaan bila tengok rumah orang lain ada peti, tapi rumah kita tak ada.

@Nurul Amira:Allahuakbar. Bila tengok kembar peluk cikgu. Beruntung kalian sekeluarga jumpa orang-orang yang sangat baik hati.

@Kakak Brulee:Sebak tengok mak. Belajar rajin-rajin adik! Jangan lupa jasa baik cikgu, mak dan ayah awak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok