(VIDEO) Sokongan cikgu kepada pelajar ketika acara tarik tali, tarik perhatian warganet
Temasya sukan sekolah merupakan acara tahunan yang telah menjadi kewajipan di setiap sekolah dan setelah tergendala selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, kini aktiviti itu telah dibenarkan untuk berjalan seperti sedia kala.
Ramai pelajar yang mempunyai bakat dalam aktiviti sukan akan mewakili rumah sukan masing-masing dalam pelbagai acara termasuklah olahraga, bola sepak dan bola jaring.
Selain itu, acara yang menjadi tumpuan utama ketika temasya sukan tahunan adalah acara tarik tali yang sememangnya sentiasa riuh dan penuh debaran.
Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila pengguna @kml.abrhm memuat naik video suasana ketika acara tarik tali di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yaacob Latif, Kuala Lumpur.
[embed]https://www.tiktok.com/@kml.abrhm/video/7111691765710687515?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]
Apa yang menarik adalah gelagat guru yang bersungguh-sungguh memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk menarik tali dengan sekuat yang mungkin.
Setakat ini, perkongsian oleh @kml.abrhm telah mendapat perhatian pengguna laman itu dengan lebih 1.5 juta jumlah tontonan dan hampir 200,000 tanda suka.
Ramai pengguna yang turut menyaksikan video tersebut tertarik dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh guru-guru sekolah itu.
@kuyahensem: Cikgu-cikgu penyumbang tenaga terbesar sebenarnya dalam sukan. Sumbangan tenaga melalui suara dan jeritan.
@adliehassan: Cikgu yang pertama mengaum bergegar bumi. Kelas dia pastikan kerja rumah siap.
@pelangimanja: Bersungguh cikgu, patutlah balik rumah cikgu keletihan.
Artikel berkaitan
Keluarga jadi penguat semangat, Al Jufferi cipta hatrik dalam Sukan SEA
Kueggen harumkan nama UM dan negara dalam sukan karate. Tahniah!
(VIDEO) Gelagat murid naik skuter ke sekolah buat warganet terhibur