Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah
Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah

Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah

Roshlawaty Md Raieh
01 Jun 2022 11:41am
A
A
A

Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program Drugs in Society (Drugs-Ciety’22) untuk 300 kakitangan dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah, baru-baru ini.

Dengan bertemakan ‘Give Hugs, Not Drugs’, program Drugs-Ciety’22 itu bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan kepada murid dan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Guru Besar SK Jawi-Jawi, Mohamat Japar Aris berkata, peranan sekolah dalam membendung peningkatan kes dadah adalah penting bagi membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

“Pengamalan norma baharu dalam membendung penularan wabak Covid-19 tidak akan menemui kejayaan sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat.

“Demikian juga dalam isu penyalahgunaan dadah. Kita perlu memutuskan rantaian aktiviti-aktiviti yang berkaitan penyalahgunaan ini secara tuntas bermula di peringkat awal usia lagi.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara terutamanya generasi muda daripada ancaman dadah dan masalah jenayah,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Sementara itu, Pengarah Program, Afrina Shafri Khan berkata, Drugs-Ciety’22 merupakan platform perkongsian pendapat dan cadangan bagi menangani aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Tambahnya, perkongsian maklumat berkenaan secara tidak langsung memberi kesedaran dan menghindarkan generasi muda daripada terlibat dengan musuh nombor satu negara.

“Saya menaruh keyakinan bahawa dengan penganjuran program ini, penularan penyalahgunaan dadah dalam komuniti khususnya golongan generasi muda mampu dibendung daripada semakin parah,” katanya.

INFO

Apa itu dadah?

- Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.

- Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.

- Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?

- Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.

- Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun menghadapi masalah semasa menggunakannya.

Apakah itu gian?

Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindak balas sama ada mengurangkan keperluan dadah daripada kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku.

Gejala ini termasuk:

- Rindu

- Menguap (sangap)

- Mata dan hidung berair

- Sakit badan

- Sakit perut

- Seram sejuk

- Cirit birit

Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?

1) Kumpulan Narkotik

- Candu (Opium)

- Morfin (Morphine)

- Heroin

- Kodein (Codeine)

2) Perangsang/Stimulants or ‘speeds’

- Ekstasi

- Amfitamin (Amphetamin)

- Kokain

3) Hallucinogens

- LSD

- PCP atau ‘ngel dust’

4) Inhalants

- Aerosol

- Gam

5) Marijuana / Cannabis

- Grass

- Ganja

- Hashish

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?

- Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.

- Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul daripada penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda-tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?

- Ponteng sekolah

- Disiplin menurun

- Tercicir dari persekolahan

- Mengasingkan diri daripada murid lain

- Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dan sebagainya)

- Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan

- Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun

- Hilang selera makan

- Berat badan menurun

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut:

- Mata merah

- Bekas suntikan di lengan

- Suka berhutang

- Mencuri barang yang mudah dijual

Bagaimana seseorang itu mencegah daripada menagih dadah?

1) Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik antaranya mengenali jenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.

2) Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan

- Bertindak tegas

- Belajar bagaimana untuk berkata ‘TIDAK’

3) Kendali masalah anda dengan berkesan iaitu:

- Belajar bagaimana menyelesaikan masalah

- Minta bantuan orang dewasa yang anda percayai

4) Peka dengan persekitaran anda

- Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru

- Pilih kawan yang baik

- Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko

Sumber: Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel berkaitan

Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar

“Kalau tidak ada duit jangan tahan lapar, datang sini bagitahu saya”

(VIDEO) Guru sabar didik anak murid kurang upaya, latih otot kaki menaiki tangga


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok