WhatsApp Image 2021-07-27 at 1.10.27 PM (1)
WhatsApp Image 2021-07-27 at 1.10.27 PM (1)

200 PELAJAR UMK TERIMA SUMBANGAN PEK MAKANAN JUADAH HARI RAYA AIDILADHA

Mariatul Qatiah Zakaria
27 Jul 2021 01:21pm
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif menyediakan 200 pek makanan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini kepada penuntutnya yang tidak pulang ke kampung halaman.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Razli Che Razak, berkata, pek makanan ini diagihkan dua kali sehari selama tiga hari bermula pada 20 Julai (Hari Raya Pertama) hingga 22 Julai (Hari Raya Ketiga) lalu.

Tambah beliau, agihan sumbangan pek juadah hari raya tersebut melibatkan ketiga-tiga kampus di UMK Bachok, UMK Pengkalan Chepa dan UMK Kampus Jeli mengikut prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa Kedua seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pek makanan ini mengandung nasi tomato, rendang, nasi himpit, sate serta minuman dan sumbangan ini sebagai tanda prihatin UMK terhadap sebilangan pelajar yang masih berada di kolej Kediaman untuk menjalankan kerja penyelidikan dan melengkapkan tugasan makmal juga terdapat pelajar masih menunggu melengkapkan dos kedua vaksin di UMK.

“Alhamdullilah, sumbangan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumi sebagai inisiatif kebajikan terhadap pelajar,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok