340 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ikuti Minggu Suai Kenal
340 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ikuti Minggu Suai Kenal

340 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ikuti Minggu Suai Kenal

webadmin
16 Mar 2021 08:58am
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 340 pelajar baharu sesi Disember 2020 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berjaya menamatkan Minggu Suai Kenal (MSK) dalam suasana norma baharu, baru-baru ini.  

Pelajar-pelajar ini diraikan dalam Majlis Penutupan MSK dan berpeluang bertemu dengan pihak pengurusan PSA dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Al-Jazari PSA.

Pihak pengurusan politeknik telah merombak dan menyusun semula program MSK dalam suasana norma baharu agar selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sekali gus memastikan warga kampus terhindar daripada pandemik Covid-19.

Sebagai makluman, sepanjang menjalani MSK, pelbagai program dirangka dan dilaksanakan secara dalam talian di mana pelajar diasingkan dalam bilik penginapan selama tiga hari bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada virus Covid-19.

Selepas semua pelajar didapati bebas daripada virus tersebut, mereka dibenarkan meneruskan aktiviti MSK secara bersemuka namun dengan mematuhi SOP yang ketat.

PSA melaksanakan proses pendaftaran pelajar secara pandu lalu pada 1 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan Covid-19 di kampus.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Zalina Ismail turut meluangkan masa bagi meninjau perjalanan proses pendaftaran pelajar berkenaan.

MSK yang berkonsepkan orientasi wajib dijalani para pelajar baharu sebagai proses persediaan dan pendedahan mengenai alam pendidikan, budaya dan aspek pembinaan sahsiah di politeknik.

Terdahulu, PSA yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam, terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan.

Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana.

Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.

PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999.

Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000.

Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.

Artikel menarik

Unik, kreatif dan berinformasi! Galeri Sejarah SK Taman Pasir Putih tampil konsep ala muzium mini

Usaha murni cikgu Ismail bersihkan Sungai Balun dapat pengiktirafan UPSI

 



 



 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok