Bangunan yang menempatkan bilik guru di SMK Dang Anum yang terbakar.
Bangunan yang menempatkan bilik guru di SMK Dang Anum yang terbakar.

Bilik guru & pejabat pentadbiran SMK Dang Anum terbakar

NOR FARHANA YAACOBNOR FARHANA YAACOB
03 Jul 2025 09:29am

Bangunan yang menempatkan bilik guru dan pejabat pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau, Melaka terbakar dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Khamis.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu dipercayai mengakibatkan empat bilik guru musnah dalam kebakaran itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Sukur Md Ali berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika kejadian sesi persekolahan di sekolah itu belum bermula.

"Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 5.36 pagi sebelum jentera pertama dikejarkan ke lokasi dua minit kemudian.

Operasi pemadaman di bangunan sekolah itu masih diteruskan.
Operasi pemadaman di bangunan sekolah itu masih diteruskan.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan bilik guru di tingkat satu bangunan sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelasnya, kebakaran meliputi keluasan kira-kira 80 x 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, sehingga kini operasi pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki serta tiga pancutan air dari pili bomba.

Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran yang berlaku pada awal pagi Khamis
Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran yang berlaku pada awal pagi Khamis

"Operasi turut membabitkan seramai 19 anggota dari empat balai yang terlibat iaitu BBP Merlimau, BBP Jasin, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.

"Setakat jam 7 pagi ini, operasi masih diteruskan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya lagi.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp