Untitled design (9)
Untitled design (9)

4 fakta menarik pendidikan di dunia yang perlu diketahui ramai

firdaus.hanafi
26 Jan 2023 06:57pm
A
A
A

Setiap negara mempunyai sejarah dan tarikan yang tersendiri. Dari segi geografi, budaya dan adat terdapat banyak perbezaan yang ada di setiap negara di dunia ini.

Namun begitu jangan jadikan kelainan itu sebagai tembok penghalang untuk kita belajar mengenali budaya dan adat sesebuah negara itu.

Begitu juga dalam pendidikan. Setiap negara ada sistem pendidikan yang digubal mengikut kesesuaian dan hala tuju negara masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, sistem pendidikan yang ada di setiap negara adalah berbeza mengikut kemampuan, faktor ekonomi serta dasar sesebuah negara itu sendiri.

Di sini Sinar Bestari kongsikan empat fakta menarik berkaitan pendidikan yang ada di serata dunia.

Jom kita baca!

1) Pelajar antarabangsa boleh bergelar warganegara melalui pengajian mereka di Kanada.

Hampir keseluruhan institusi pendidikan di Kanada mempunyai kuota yang cukup untuk ditawarkan kepada pelajar yang bukan warganegara mereka. Dan jika mereka diterima masuk, mereka boleh memohon untuk menjadi warganegara ketika sedang dalam tempoh atau sudah menamatkan pengajian.

Selain itu mereka juga harus memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan Kanada sebelum dapat bergelar warganegara Kanada.

2) Lebih mudah untuk menjadi doktor dan peguam berbanding jadi guru di Finland.

Sistem pendidikan di Finland antara yang terbaik di dunia, jadi tidak mengejutkan sekiranya pemilihan dan syarat untuk menjadi guru di sana perlu melalui satu proses pemilihan yang ketat.

Dikatakan lebih mudah untuk menjadi seorang doktor dan peguam di negara lain dari menjadi guru di sini. Di mana hanya 10 peratus daripada mereka yang memiliki kelayakan untuk menjadi guru berjaya menjadikan itu sebagai kerjaya.

3) Tiga tahun pertama alam persekolahan di Jepun menekankan peribadi yang baik berbanding keputusan cemerlang.

Orang Jepun terkenal dengan budaya kerja keras dan sifat sopan santun mereka di mata dunia. Seperti yang dilihat berlaku ketika kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2022 di Qatar, sifat murni penyokong mereka yang mengutip sampah di sekitar stadium menjadi sebutan seluruh dunia.

Masyarakat Jepun turut menjadikan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sebagai asas dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tahukah anda sistem pendidikan di Jepun menekankan peribadi yang baik serta akhlak yang mulia dalam tiga tahun pertama di sekolah.

Murid di sana tidak akan diberikan ujian untuk tempoh itu kerana mereka percaya pada usia berkenaan lebih sesuai diajarkan mengenai kepentingan sifat-sifat yang baik untuk menjadi manusia berguna.

Hasilnya dapat anda lihat dengan apa yang berlaku di Qatar.

4) Kanak-kanak prasekolah di Jerman diajar pelbagai perkara.

Di Eropah, kanak-kanak telah diajar pelbagai perkara seperti bahasa asing, pembentukkan jati diri (self development), matematik, alam sekitar dan pelbagai lagi.

Antara kaedah utama yang digunakan oleh pendidik di sana adalah melalui cara latihan bersendiri, pelajaran secara kreatif dan juga melalui aktiviti bereksperimen.

Artikel berkaitan

Murid lemah Matematik? Nah, ini 4 tip untuk bantu mereka skor A

7 tip tarik minat anak-anak belajar subjek Matematik

Bercita-cita nak jadi angkasawan? Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok