5 fungsi baharu Google Meet yang sangat memudahkan kerja, cikgu-cikgu mesti cuba!
Mengajar secara maya ini bukannya mudah, banyak yang perlu dititikberatkan bagi memastikan semua murid dapat menerima ilmu dengan sempurna.
Bayangkan, semasa kelas sedang berlangsung, tiba-tiba sahaja ada bunyi yang mengganggu kedengaran, pastinya ini akan mengganggu konsentrasi murid.
Jangan bimbang kerana baru-baru ini Google ada memperkenalkan satu fungsi baharu untuk Google Meet, iaitu pembatalan bunyi, jadi bunyi-bunyi tadi tidak akan kedengaran lagi.
Tapi bukan itu sahaja, ada empat lagi fungsi lain yang turut diperkenalkan Google. Jom ikuti lima fungsi Google Meet terbaharu di bawah ini.
Namun perlu diingatkan bahawa fungsi-fungsi ini hanya dapat diakses dengan menggunakan emel yang disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja.
Baca juga:Alamak, terpadam fail secara tidak sengaja! Usah panik, ikuti tip ini
Baca juga 8 tip buat nota mudah dibaca, pelajar perlu ikut
1) Pembatalan Bunyi (noise cancellation)
Fungsi ini boleh membantu para guru mengurangkan gangguan suara luaran semasa kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedang dijalankan, guru-guru boleh mematikan bunyi-bunyi yang tidak diperlukan seperti bunyi menaip, menutup pintu, anjing menyalak dan banyak lagi.
Yang paling penting Google telah memasukkan pengesan bunyi agar hanya bunyi-bunyi yang bukan suara sahaja akan ditapis, jadi tidak perlu bimbang jika pelajar tidak dapat mendengar suara jika fungsi ini diaktifkan. Namun, jika anda seorang guru muzik dan perlu bermain alat muzik ketika kelas sedang berlangsung, fungsi ini perlu dimatikan.
2) Bilik breakout
Para guru kini boleh menggunakan bilik breakout untuk mengasingkan pelajar kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil semasa panggilan video. Fungsi ini sangat berguna jika guru ingin murid untuk mengadakan sesi perbincangan untuk projek kumpulan mereka.
Untuk memastikan semua perbincangan tersebut diadakan, para guru boleh menggunakan fungsi ini agar dapat memantau perbincangan mereka ketika waktu kelas.
Perlu diingatkan bahawa bilik breakout ini hanya boleh dihidupkan oleh moderator sahaja serta tidak dapat disiarkan secara langsung atau dirakam.
3) Undian (Pool)
Fungsi ini sangat bagus apabila hendak membuat keputusan yang memerlukan pandangan ramai. Hanya perlu isikan beberapa maklumat dan sesi undian akan boleh terus dimulakan.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Jadi dengan pengenalan fungsi ini, para guru tidak perlu lagi membuat hantaran di WhatsApp untuk membuat undian, lambat dan tidak efisien.
4) Soal Jawab (Q&A)
Sepanjang kelas, mungkin ada beberapa pelajar yang tidak dapat bertanyakan soalan kerana mikrofon rosak atau pun malu untuk bercakap.
Jadi fungsi ini sangat membantu mereka untuk bertanyakan soalan kepada guru sepanjang kelas sedang berlangsung. Para guru juga boleh melihat kembali jika ada soalan mereka yang terlepas pandang.
5) Penjejakan Kehadiran
Fungsi ini sangat berguna buat para guru untuk mengambil kedatangan murid. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah bezanya dengan melihat sahaja nama-nama pelajar di participant list?
Sebenarnya fungsi ini lebih mudah kerana para guru tidak lagi perlu untuk melihat satu-persatu siapakah yang hadir, kerana kini Google pula yang akan mengambil alih tugas tersebut, dan kemudian menghantar senarai kehadiran ke emel apabila kelas sudah selesai.
Semoga perkongsian ini membantu meringankan kerja para guru dan ikuti video oleh Cikgu Kong di bawah untuk melihat cara menghidupkan fungsi-fungsi yang disebutkan di atas.
Sumber Youtube Cikgu Kong