5 kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri untuk pelajar sekolah
Seni mempertahankan diri merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar sekolah pada zaman sekarang. Karate, merupakan salah satu contoh seni bela diri yang dimaksudkan.
Di negara kita, masih terdapati ibu bapa yang berkira-kira untuk menghantar anak mereka menghadiri kelas mempertahankan diri kerana bimbang seolah-olah menggalakkan keganasan di kalangan anak-anak.
Baca juga Kejohanan Karate-do Piala Naib Canselor UniMAP 2022 catat rekod
Baca juga Dulu 30 sahaja, sekarang sudah 50 unit tempahan. Dua guru silat tidak menang tangan buat tanjak
Namun tahukah anda, bahawa lebih daripada 6.5 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat mengambil kursus seni bela diri termasuklah karate, taekwondo, judo, Muay Thai, kung fu, aikido dan jujitsu.
Justeru, berikut GPSBestari senaraikan 5 kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri pada pelajar untuk para ibu bapa pertimbangkan.
- Dapat menyihatkan tubuh badan
Seni mempertahankan diri boleh menyihatkan tubuh kerana ia melibatkan banyak gerakan.
Mengikut kajian saintifik, toksik-toksik dari badan akan keluar melalui aktiviti lasak ini. Maka, badan akan jadi lebih cergas dan otak pun akan lebih cerdas.
Dengan mempelajari seni mempertahankan diri, juga dapat membentuk otot yang lebih kuat dan baik.
Jika mereka tidak suka ke pusat gimnasium, kemahiran ini boleh memberikan hasil yang sama.
2. Baik untuk pelajar perempuan sebagai langkah keselamatan diri
Akhir-akhir ini, banyak kes yang melibatkan keganasan terhadap wanita.
Alangkah baiknya jika ibu bapa dapat menghantar anak mereka untuk mengikuti kelas bela diri, boleh dijadikan perisai pada waktu kecemasan
3. Tampil lebih yakin
Seni bela diri boleh membina keyakinan pelajar.
Hal ini kerana, apabila seseorang itu mempunyai seni mempertahankan diri, secara tidak langsung pelajar tersebut akan lebih yakin dalam pergaulan apabila bersama rakan-rakan.
Pelajar itu tidak akan merasa rendah diri.
4. Mengharumkan nama sekolah
Pelajar boleh menyumbang jasa kepada sekolah dengan menyertai program sukan lasak sebegini.
Contohnya, pelajar sekolah terpilih menjadi atlet Muay Thai, boleh mengharumkan nama sekolah di peringkat sekolah, negeri dan juga kebangsaan.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
5. Wadah baik untuk bermasyarakat
Jika pelajar mempunyai masalah untuk bersosial boleh mulakan dengan melibatkan diri dalam aktiviti seni mempertahankan diri.
Lama-kelamaan, pelajar akan menunjukkan perkembangan yang positif dalam seni ini.
Konklusinya, seni mempertahankan diri ini memberikan banyak kebaikan.
Bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga untuk masyarakat secara keseluruhannya.
Sumber: Blog La Familia LLC