rescuetime_3ef2
rescuetime_3ef2

8 sambungan Chrome untuk bantu pelajar tingkatkan produktiviti ketika belajar

Adlan Farhan Azwan
29 Dec 2021 11:15am
A
A
A

Perkembangan teknologi telah merubah cara pembelajaran. Terdapat banyak laman web, aplikasi dan perisian untuk membantu pelajar dalam pembelajaran hanya dengan beberapa klik sahaja

Sambungan Chrome ialah antara cara yang berkesan seiring dengan perkembangan teknologi untuk meningkatkan tahap produktiviti semasa membuat kerja dan tugasan.

Berikut merupakan beberapa Chrome extensions yang pelajar gunakan untuk membantu dalam memanfaatkan pembelajaran anda sepenuhnya:

BACA JUGA: Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

BACA JUGA: Aplikasi Discord memudahkan proses PdPR

Kredit foto: RescueTime

RescueTime

RescueTime berfungsi untuk memberitahu pelajar dengan tepat berapa banyak masa yang mereka luangkan dalam satu tetingkap ketika menggunakan carian enjin Chrome. Ia menilai produktiviti pengguna berdasarkan berapa banyak masa yang diluangkan untuk sesuatu tugasan dan meletakkan data tersebut ke dalam carta yang ringkas dan yang direka bentuk secara automatik.

Kredit foto: Dayboard

Dayboard

DayBoard sangat sesuai digunakan untuk pelajar yang sukar untuk fokus ketika belajar. Aplikasi ini membenarkan pelajar untuk memasukkan maklumat tentang keutamaan mereka pada hari itu. Pengguna boleh membuat senarai sebanyak tugasan lima dan setiap kali anda membuka tetingkap baharu, peringatkan akan keluar supaya pengguna boleh fokus terhadap keutamaan yang penting.

Kredit foto: Screencastify

Screencastify

Screencastify amat popular di kalangan guru, tetapi ia juga boleh membantu pelajar. Dengan menggunakan Screencastify, pelajar boleh merakam skrin, wajah dan suara mereka serta melakukan perkara seperti pembentangan dan memberi ucapan.

Kredit foto: Stayfocusd

StayFocusd

StayFocusd ialah satu lagi sambungan produktiviti yang menyekat laman web yang menyebabkan pelajar hilang tumpuan seperti Twitter dan Facebook. Pengguna sendiri boleh memilih masa untuk menyekat laman web tersebut. Contohnya jika Twitter adalah punca pelajar tidak dapat menumpukan perhatian ketika belajar, pelajar boleh gunakan StayFocusd untuk menyekat laman web ketika belajar.

Kredit foto: Grammarly

Grammarly

Aplikasi ini sememangnya banyak digunakan dalam kalangan pelajar. Grammarly menyemak ejaan dan tatabahasa dan jika terdapat kesalahan, ia akan diubah sebelum tugasan dihantar kepada guru atau pensyarah. Ia juga membantu mengesan kesilapan yang biasa dilakukan dalam bahasa Inggeris oleh penutur bahasa lain.

Kredit foto: InsertLearning

InsertLearning

InsertLearning menjimatkan masa guru dan pelajar dengan memastikan penglibatan pelajar dilakukan pada bila-bila masa. Guru boleh memasukkan soalan, perbincangan dan pandangan terus ke dalam mana-mana laman web. Apabila pelajar melayari laman web tersebut, mereka boleh menjawab soalan dan perbincangan tersebut dan mencatat nota mereka sendiri.

Kredit foto: Google Chrome Extension

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Google Dictionary

Apabila pelajar terjumpa perkataan yang mereka tidak fahami ketika dalam talian, mereka boleh gunakan sambungan Google Dictionary dengan klik dua kali pada perkataan tersebut dan, gelembung timbul akan muncul bersama-sama definisi. Ia menjimatkan masa pelajar kerana tidak perlu untuk membuka tetingkan lain untuk mendapatkan definisi. Selain bahasa Inggeris, sambungan ini juga menyokong bahasa Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Kredit foto: Noisli

Noisli

Bagi kanak-kanak yang mudah terganggu oleh bunyi bising, terutamanya mereka yang berada di rumah, Noisli menawarkan penyelesaian dengan membolehkan pengguna memilih pelbagai bunyi latar belakang yang akan membantu mereka kekal fokus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok