pokemon-pokemon-go-phone-game-159395
pokemon-pokemon-go-phone-game-159395

8 tip kawal penggunaan gajet

Roshlawaty Md Raieh
16 Aug 2021 05:15pm
A
A
A

Apabila disebut tentang gajet, semestinya anak-anak kita mempunyai peranti terutamanya ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), baru-baru ini.

Walaupun tujuannya ke arah pembelajaran, namun ada juga dalam kalangan anak-anak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Mereka leka melayari aplikasi-aplikasi yang disediakan hingga lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan lapan tip mengawal penggunaan gajet kalangan anak-anak.

Ini tipnya!

1. Sediakan jadual penggunaan gajet

Bincang secara terbuka dengan anak-anak untuk menghadkan masa penggunaan gajet. Ia mungkin akan menerima tentangan tetapi ibu bapa perlu bertegas demi kebaikan.

2. Sentiasa buat pemantauan

Anak-anak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis kandungan tidak sihat di dalam gajet, khususnya pornografi yang semakin menular dan mudah didapati di dalam internet. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet dengan teliti dan kerap.

 

3. Beri penerangan keburukan penggunaan gajet keterlaluan

Terangkan dengan jelas kepada anak-anak anda akibat buruk jika keterlaluan bermain dengan gajet.

4. Jangan cas bateri telefon, tablet sehingga 100 peratus

Ibu bapa disarankan cas bateri sedikit sahaja bagi mengelakkan anak-anak bermain gajet terlalu lama.

5. Letak kata laluan pada gajet

Dengan meletakkan kata laluan, anda mengajar anak-anak supaya meminta izin dan menghormati anda sebagai pemilik telefon tersebut.

6. Kawal internet

Cuba untuk memberi telefon pintar dengan akses internet yang terhad kerana cara ini lebih selamat dan tidak memanjakan mereka.

7. Tentukan aplikasi yang boleh digunakan

Kenal pasti aplikasi apa yang boleh menyebabkan anak-anak leka atau menyebabkan mood mereka menjadi buruk. Kemudian buang atau kuncikan (lock) aplikasi tersebut agar mereka tidak menggunakannya lagi. Internet browser seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi perlu ditetapkan agar dipasang Child Lock.

Dalam dunia internet di hujung jari ini, pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak boleh didapati dengan sekali tekan. Jadi Google sendiri telah memperkenalkan Child Lock untuk menapis gambar atau laman sesawang yang tidak bersesuaian.

8. Isytiharkan 'Hari Bebas Elektronik' seminggu sekali

Sebaiknya, setiap hari Ahad dijadikan hari tanpa gajet. Jalankan satu aktiviti kekeluargaan yang menarik seperti kraftangan, masakan atau permainan.

Artikel berkaitan 

Sudah mengajar secara maya sejak 2018, kepakaran Cikgu Abdul Raheym diperlukan dalam dunia pendidikan

Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa

“Kalau tidak ada duit jangan tahan lapar, datang sini bagitahu saya”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok