HomeGen ZAlumni MSU terima anugerah, Pingat Emas MPS-Duopharma Biotech 2020 bukti pengiktirafan

Artikel Berkaitan

Alumni MSU terima anugerah, Pingat Emas MPS-Duopharma Biotech 2020 bukti pengiktirafan

Persidangan Konvensyen Farmasi Kebangsaan – Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) ke-54 yang berlangsung secara maya pada 8 hingga 11 Julai lalu yang bertemakan Exploration, Inspiration & Transformation of Pharmacists telah menyaksikan penganugerahan Pingat Emas MPS-Duopharma Biotech 2020 kepada pelajar tahun akhir program farmasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2020.

Pengiktirafan itu bermatlamat untuk menghargai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum mereka sepanjang bergelar pelajar tahun akhir farmasi bagi institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Turut mendapat pengiktirafan tersebut ialah graduan Management and Science University (MSU) Faizatul Husna Azman. Graduan program Bachelor of Pharmacy dari School of Pharmacy ini sedang berkhidmat sebagai ahli farmasi di Big Pharmacy, Subang Jaya.

Faizatul Husna juga adalah penerima sebelas kali Anugerah Dekan serta penerima Anugerah Akademik pada Majlis Konvokesyen ke-20 MSU semasa bergraduat bagi program Diploma in Pharmacy.

“Pencapaian ini memberi saya kepuasan selain bersyukur serta sudah tentu amat bermakna kepada saya, keluarga dan pensyarah.

“Pengalaman pembelajaran di MSU sangat bermakna, terutama dalam membina watak, kualiti kepemimpinan dan kemahiran insaniah saya,” katanya.

Antara kenangan manis beliau sepanjang bergelar pelajar MSU termasuklah memenangani tempat pertama dalam kategori Reka Bentuk E-Poster Terbaik pada International Medical, Pharmaceutical, Cosmeceutical and Health Science Symposium (iMPaCHS) ke-14 serta dipilih penerima Anugerah Penghargaan pada President Appreciation of Leadership and Sportsmanship (PALS) Awards 2019 di atas peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar MSU.

Beliau turut berpeluang mendapat pendedahan antarabangsa apabila mengikuti program mobiliti antarabangsa di Josai University, Jepun serta mengikuti program kepimpinan di Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia.

Faizatul Husna ketika mengikuti program mobiliti antarabangsa di Josai University, Jepun.

Pencapaian Faizatul Husna ini adalah sebahagian daripada penerapan strategi inovatif MSU bermatlamat untuk memperkasakan tahap kebolehpasaran graduannya.

Mengikut kajian pengesanan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 98.7 peratus graduan MSU memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian dan merupakan tertinggi di Malaysia.

 

Artikel Terkini