Alumni UTeM terima anugerah 100 Top Young CEO 2020
Alumni UTeM terima anugerah 100 Top Young CEO 2020

Alumni UTeM terima anugerah 100 Top Young CEO 2020

Azliyana Sulaiman
01 Apr 2021 03:30am
A
A
A

MELAKA - Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Arham Syafiq Azmi berjaya meraih anugerah 100 Top Young CEO 2020 yang disampaikan baru-baru ini menerusi majlis yang diadakan di salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.

Arham, 33, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur & Bahan), UTeM dan telah menamatkan pengajiannya pada tahun 2013 yang lalu.

Antara faktor kejayaan pengasas Syarikat Bungaa Beauty & Health yang telah merangkul anugerah 100 Top Young CEO 2020 ini apabila beliau berjaya memartabatkan ekonomi ummah ke persada dunia.

Di samping itu, semangat untuk berjaya dan berkongsi manfaat untuk orang ramai serta berbakti kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat turut menjadi pendorong kepada kejayaan beliau.

Arham tidak keseorangan dalam membina empayar perniagaan itu kerana ianya dibina bersama isteri beliau, Aryana Syafiqah Abdullah, 31, yang juga merupakan Alumni UTeM dalam bidang yang sama.

Sebagai Alumni UTeM, Arham berpandangan UTeM turut menjadi faktor utama yang membentuk beliau menjadi graduan dan usahawan holistik kini.

UTeM banyak mencorak dirinya menjadi lebih dinamik di samping berfikiran luas bilamana bidang kejuruteraan yang dipelajarinya amat membantu dalam konteks aplikasi dalam realiti dunia sebenar sekaligus membuka laluan mudah menggapai kejayaan dalam tempoh yang singkat.

Mengimbau kembali permulaan langkah awal perniagaan, beliau bermula dengan membuka gerai menjual char kueh teow di Krubong Jaya, Melaka selepas tamat pengajian di UTeM.

Dilahirkan dalam kalangan keluarga yang terbabit dalam bidang perniagaan yang mana kedua ibu bapa beliau mempunyai legasi perniagaan sendiri turut menjadi pendorong kepada Arham menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Hasrat beliau selepas ini ingin mengembangkan lagi perniagaanya dengan membekal produk OEM secara lebih meluas di samping melahirkan ramai lagi usahawan berjaya dalam bidang perniagaan ini ke peringkat global.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pihaknya teruja dengan pencapaian berprestij berkenaan kerana menggambarkan penzahiran peranan UTeM melahirkan graduan unggul bukan hanya dalam bidang kejuruteraan semata-mata malahan mampu mengaplikasikannya dalam realiti sebenar dunia keusahawanan.

Artikel menarik

Sukarelawan UPM sumbang lebih 6,000 kit untuk petugas, pesakit Covid-19

USIM, UIAM dan Duta Amerika Syarikat adakan pertemuan, bincang program bertemakan kelestarian alam

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok