Belajar pecahan hanya guna kertas, pensil, gam dan gunting? Ini tekniknya, boleh cuba...
Belajar pecahan hanya guna kertas, pensil, gam dan gunting? Ini tekniknya, boleh cuba...

Belajar pecahan hanya guna kertas, pensil, gam dan gunting? Ini tekniknya, boleh cuba...

webadminwebadmin
23 Dec 2020 06:37am

Belajar pecahan hanya guna kertas, pensil, gam dan gunting? Ini tekniknya, boleh cuba...

Kebanyakkan murid mengalami kesukaran apabila mempelajari topik pecahan di dalam kelas. Pecahan dianggap suatu yang abstrak dan sukar untuk digambarkan oleh murid-murid yang lemah. Mempelajari pecahan terutamanya apabila melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara pengiraan semata-mata,  terlalu sukar untuk diterangkan konsep pecahan itu sebenarnya.

Bagi memudahkan murid memahami konsep sebenar tentang pecahan ini, Guru Edufluencer, juga Guru Cemerlang Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Cikgu  Saifulnizan Che Ismail dari Sekolah Kebangsaaan (SK) Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan  kongsi tip mudah memahami pecahan hanya guna  kertas, pensil, gam dan gunting sahaja di dalam kelas.

Cikgu-cikgu dan ibu bapa boleh cuba teknik ini. Aktiviti secara hands-on ini dapat menggalakkan penglibatan aktif murid dan berfikir ketika belajar.

Jom buat aktiviti tambah pecahan bersama-sama anak-anak di rumah.

1.    Timbulkan persoalan adakah ¼ + ½ = 2/6? Betul atau tidak?

  2.    Aktiviti pembuktian dan inkuiri penemuan dengan menggunakan kertas, pensil, gam dan gunting.

3.    Ambil dua keping kertas yang sama bentuk dan saiznya.'

4.    ¼, minta murid bahagikan sekeping kertas itu kepada empat bahagian yang sama besar dan lorekkan satu bahagian menggunakan pensil.

5.    ½, minta murid bahagikan sekeping kertas lagi kepada dua bahagian yang sama besar dan lorekkan satu bahagian menggunakan pensil.

6.    Tindanan kedua-dua kertas itu tadi untuk menjadikan bahagiannya sama banyak iaitu empat bahagian.

7.    Gariskan kertas itu untuk menunjukkan empat bahagian yang sama.

8.    Pilih sekeping kertas kemudian guntingkan bahagian yang berlorek. Kemudian tampalkan bahagian yang berlorek itu pada kertas yang kedua.

9.    Minta murid menyebut pecahan kertas yang telah ditampal tersebut. Ini bermaksud pernyataan ¼ + ½ = 2/6 adalah tidak benar. Jawapan yang tepat ialah ¼ + ½ = ¾

10.    Ulang langkah satu hingga sembilan dengan menggunakan ayat Matematik penambahan pecahan yang lain.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp