7
7

Cara-cara untuk “reset” komputer anda

Mohd Khairi Mohamad Yusri
09 Jul 2021 05:17pm
A
A
A

Kini boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai komputer. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembelajaran ketika PdPR dilaksanakan.

Namun, adik-adik mungkin secara tidak sengaja telah memuat turun aplikasi dari internet yang telah membuatkan komputer menjadi sangat perlahan sehingga mengganggu aktiviti pembelajaran.

Kemudian, adik-adik mungkin telah mencuba pelbagai cara untuk membaiki isu tersebut namun tetap tidak juga berjaya.

Jangan risau, terdapat cara mudah untuk membaiki masalah tersebut.

Pun begitu, sebelum menggunakan cara ini, pastikan mendapat kebenaran dan pengawasan daripada ibu bapa terlebih dahulu.

Cara mudah untuk “Reset” Komputer:

1. Tekan pada kekunci Mula (ikon Windows di sudut kiri bawah). Tekan pada ikon gear, dan pergi ke “Update & Security” > “Recovery”.

2. Pilih "Get started"

3. Adik-adik akan mendapati terdapat dua pilihan iaitu “Keep my files” yang akan memadamkan semua aplikasi dan tetapan yang ada, tetapi tidak akan menyentuh file yang disimpan di dalam komputer, sementara “Remove everything” akan membuatkan komputer ke keadaan "seperti baru".

4.Sekiranya komputer adik-adik menghadapi masalah yang terhasil daripada sebarang kemas kini atau ingin membuang aplikasi yang membuatkan komputer menjadi perlahan, adik-adik boleh mencuba “Keep my files” terlebih dahulu. Sekiranya adik-adik ingin memadam semua file dan tetapan yang ada di komputer, pilih “Remove everything”.

5. Jika adik-adik memilih “Keep my files”, adik-adik dapat menekan “List of apps to be removed” untuk melihat aplikasi mana yang mungkin perlu ditukar; senarai ini tidak tersedia jika adik-adik memilih “Remove everything”.

6. Kemudian, tekan pada "Reset” untuk memulakan proses.

Tahniah, adik-adik hampir berjaya menetapkan semula komputer, selalunya proses ini akan mengambil masa selama 20 minit untuk selesai dan komputer mungkin akan “restart” untuk beberapa kali sepanjang tempoh tetapan semula ini.

Selamat mencuba!

#peringatan: "Reset" akan menyebabkan aplikasi-aplikasi sedia ada yang dipasang di dalam komputer akan dipadam, pastikan adik-adik mendapat kebenaran ibubapa dahulu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok